“Katakanlah, sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka akan habislah air di lautan itu sebelum habis ditulis kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (QS. Al Kahfi: 109)



Thursday, July 25, 2013

Welcome my baby boy!!

24 Julai 2013- tarikh keramat bagi keluarga saya tahun ni. Dua berita gembira saya terima pada tahun 2013. Awal tahun ini saya menerima kehadiran ahli keluarga baru. Semalam mencatat kehadiran tetamu baru dalam ahli keluarga besar saya tahun ni. Maknanya, saya dapat 2 orang anak dalam masa setahun. Anak? Sempat ke?..hehehehehe..ingat tak sempat ke? Cuba fikir balik..heheheh..memang la sempat sebab anak buah saya. Bukan anak kandung saya..^_^..

Bertambah meriah keluarga saya nanti apabila yang lahir ke dunia ni semalam adalah baby boy..wah! dah sama macam Prince Of Cambridge @ anak Kate Middleton dan Putera William. Taklah, saya gurau je. Mana nak samakan anak orang tu dengan anak buah saya. Macam langit dan bumi je jaraknya. Oleh sebab saya bekerja paling jauh dalam adik-beradik, maka berita pun sampai lewat la di telinga saya. Petang selepas kerja baru saya menerima berita gembira tu. Tapi tak mengapalah, benda tu tak penting pun sebab baby boy@hero keluarga kami dah pun selamat melihat dunia dengan berat yang tak berapa nak berat tu(3.18kg). Ayah insan paling gembira setakat ni sebab dah lama ayah tunggu cucu lelaki, baru kali ni Allah kurniakan rezeki tu pada keluarga saya. Al-maklumlah, unsur genetik dan biologikal memang sukar nak disangkal. Keluarga saya kekurangan kaum lelaki. Teringat ayah dan mak yang suka bergurau dengan saudara-mara tentang anak-anak mereka ni. Mak kata mereka miskin anak lelaki.

comel tak saya???hehhehe..harap2 anak saya nanti pun comel atau lebih comel dari yang ni..^_^
Kami adik beradik memang tak kurang gembira la, tapi yang paling teruja ialah saya. Mana taknya, mesti lepas ni saya dah ada kawan nak lawan-lawan. Mak ayah pun mesti akan naik pening kalau anak mereka yang seorang ni pulang ke kampung. Anak-anak buah pasti akan disakat habis-habisan. Paling seronok bila tengok salah seorang dari mereka menangis. Masa tu saya buat-buat tak tahu. Hehehehe..inilah penangan orang bujang. Selagi belum berumah tangga, anak-anak buah menjadi tempat menumpang kasih.

Oleh sebab Aidilfitri pun dah tak lama nak menjelang, saya harap saya sempat bertemu anak lelaki saya itu. Akan saya cium si kecil tu puas-puas agar terubat rindu saya apabila saya pulang ke perantauan kelak. InsyaALLAH..

kepada si kecil yang namanya belum lagi dipilih, jadilah anak yang soleh supaya dapat memimpin umi, ayah dan kak yongmu ke syurga kelak. Pimpinlah kami semua agar dapat bersatu di bawah payung rahmat Allah di sana nanti. InsyaALLAH..^___^

Wednesday, July 24, 2013

Bila Takbir Bergema...(ada kaitan ke tajuk ni dengan isi???)

Hari ini dah menjejak ke tanggal 15 Ramadhan. Maknanya tinggal lagi 14 hari kita bakal meninggalkan Ramadhan al-Mubarak buat tahun ni. Masihkah kita semua diberikan kesempatan untuk bertemu Ramadhan pada tahun-tahun akan datang? Nauzubillah..kita tak mampu nak fikirkan tapi tiada salah sekiranya kita mengingati mati sebab bila kita sentiasa ingat akan kematian yang akan tetap kita lalui, kita akan rasa takut untuk membuat maksiat. Betul kan?

Raya tahun ini masih sama seperti dulu bagi saya. Sama? apa yang sama? Pelik? Ler..tak pelik la. Saya masih orang yang sama. Tak bertukar pun jadi superwoman ke, ultraman taro ke, boboiboy ke..hehehehe..Memang masih sama..saya masih bujang, masih bergelar CIK, masih beraya dengan mak ayah dan adik-beradik( tapi tahun ni adik-beradik beraya rumah mentua..huhuhu), masih macam dulu. Ha! ada satu je yang berubah sikit. Sikit je pun. Tak banyak mane la. Perubahannya ialah...jeng..jeng..jeng..hehehehe..

"Saya dah jadi pekerja tetap!"..
 
Bercerita tentang raya..ehm..apa yang seronok ye?..Raya?Raya?..ehm..sedang memerah serebrum dan medula oblongata ni untuk mencurahkan idea. Raya bagi saya biasa je. Mungkin kalau masa zaman kanak-kanak ribena dulu saya sangat suka waktu raya. Sebab boleh pakai baju baru, dapat duit raya, jalan ramai-ramai pergi rumah jiran-jiran. Tapi bila dah meningkat usia yang boleh jadi mak orang ni, saya rasa raya ni bagi saya benda yang biasa. Sebabnya? Sebabnya saya tak ada sesiapa yang saya nak raikan bersama. Faham kan maksud saya? Maksudnya kalau orang bekerluarga tu lain la, keterujaan untuk beli pakaian suami/isteri dan anak-anak dan hias rumah kalau ada tetamu datang dah jadi kemestian. Saya pula kalau tak ada baju raya pun tak jadi masalah rasanya. Cuma tradisi keluarga saya, baju raya tu wajib dipakai untuk ke masjid bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri. Jadinya, keterujaan tu akan hadir bila saya terasa nak meraikan keluarga saya dengan gaji yang saya terima.
Selamat Hari Raya semua!!!! 0-0 yek!
 
Makanya, bagi saya raya tu akan jadi seronok bila semua ahli keluarga saya berkumpul. Riuh rendah rumah pusaka mak ayah saya di kampung bila 2 heroin besar dan 1 heroin yang sedang membesar tu ada di rumah. Saya juga tak kurang jadi kanak-kanak masa tu nanti. Saya tetap akan begini sampai masa keterujaan tu datang. Teringin nak rasa teruja bila tunang ke, bakal suami ke datang rumah bawa family beraya di rumah saya..hehehe..kenapa tiba-tiba jadi mengada-ngada sangat ni? kata saya dalam hati..huhuhuhu...takdelah, saya gurau je.
 
Kesimpulannya, teruja ke, tak teruja ke, biasa atau tak ke semua tu lahir dari hati masing-masing. Tak boleh nak kata secara keseluruhan. Kena tengok pada skop yang lebih luas juga. Ini skop pandangan saya. Pandangan orang lain saya kurang pasti.
 
Apa-apa pun tunggu jela raya tahun ni. Nanti saya akan tulis entri lain pula. Selamat berpuasa semua!! ^__^V

Tuesday, July 9, 2013

Akhirnya Genap Setahun...

Alhamdulillah..ucapan pertama yang keluar dari bibir saya. Sudah bulan Julai rupanya. Cepat masa berlalu kan. Al-maklumlah, pejam celik, pejam celik, tup..tup.. sudah menjengah ke setengah tahun. Dan genaplah usia pekerjaan saya setahun di sini. Kalau diikutkan, inilah kerjaya saya yang mampu bertahan selama lebih daripada enam bulan. Teruknya kan..hehehe..taklah, bukan macam tu. Saya sebenarnya masih mencari pengalaman kerja yang baik untuk saya gunakan. Dari seorang yang bergelar editor satu ketika dahulu, sehingga bergelar pegawai perancang bahasa kini. Dalam banyak-banyak kerja yang saya terima, kerjaya yang paling memberikan pengalaman ialah sebagai seorang editor. Alhamdulillah, saya sudah pun berjaya menghasilkan sebuah buku latihan pemahaman KSSR untuk pelajar Tahun 4 ketika saya bekerja sebagai editor bahasa Melayu di sebuah syarikat penerbitan buku ilmiah terkenal di negara ini. Namun, rezeki saya tak lama di tempat itu. Banyak perkara pahit berbanding manis sepanjang berkelana di situ. Saya beralih arah ke sebuah universiti swasta dan bergelar pensyarah muda. (sebenarnya cikgu sekolah menengah je..nama je gempak..huhuhu), tapi rezeki saya juga tak lama di situ kerana saya memang menunggu tawaran di DBP. Alhamdulillah, berkat doa semua, akhirnya rezeki saya beralih pula ke DBP. Namun, hati saya tidak gembira untuk ke sini pada mulanya. Ada sahaja tidak kena dengan persediaan yang dilakukan. Naluri hati saya mengatakan bahawa pasti ada perkara yang kurang baik bakal berlaku di tempat baru ini. Tapi, atas sokongan mak dan ayah, saya kuatkan hati untuk melangkahkan kaki sebagai pegawai.

Sebenarya, naluri hati saya memang benar. Mula-mula sahaja mendapat penempatan bahagian (batch kami seramai 44 orang), saya ditempatkan di bahagian yang baru sahaja ditubuhkan. Mengharapkan keseronokan bekerja, tetapi tekanan yang saya terima. Dan Allah tidak pernah meninggalkan saya keseorangan tatkala saya terawang-awang. Dia temukan saya dengan seorang insan yang sangat istimewa untuk memimpin saya sepanjang saya di sini. Alhamdulillah, kini, genap setahun saya bergelar karyawan DBP. Memang tidak dinafikan terlalu banyak perkara pahit sejak melangkah masuk ke sini, tetapi saya kuatkan hati untuk kekal sebagai karyawan di sini bagi beberapa ketika lagi. InsyaALLAH saya masih ada perancangan lain.

Monday, July 1, 2013

Sempatkah Mengecapi Ramdhan Ini?

Ramadhan 1434 bakal menjelmakan dirinya tidak lama lagi. 10 Julai 2013 bersamaan 1 Ramadhan 1434H. Tinggal beberapa hari sahaja lagi, tetapi saya tidak tahu sama ada saya sempat bersama-sama ramadhan kali ini atau tidak.

Pejam celik, pejam celik, rupanya sudah lebih 2 dekad saya menikmati ramadhan, dan hampir 15 tahun saya merasai nikmat berpuasa. Jika dahulu saya berkesempatan berpuasa di samping keluarga tercinta, tetapi apabila usia semakin meningkat naik dan berjauhan dengan keluarga, saya belajar berpuasa, berbuka dan bersahur tanpa mereka di sisi. Setiap kali tahun baharu hijrah menjelma, pasti saya akan tertanya-tanya, masih adakah kesempatan untuk saya menikmati ramadhan pada tahun ini?

Allah menentukan ajal dan maut hamba-hamba-Nya. Andai telah tertulis ajal saya tiba sebelum sempat saya menikmati Ramadhan pada tahun ini, Izrail pasti akan menjemput saya tanpa memberikan masa walau sesaat pun. Dan tatkala fikiran memikirkan hal tersebut, air mata jatuh bergenang. Tidak puas saya menikmati hidup di muka bumi Allah ini. Belum cukup saya membalas bakti dan jasa ibu ayah serta keluarga saya dalam membesarkan saya sehingga menjadi wanita bekerjaya seperti sekarang. Teringat saya tentang ahli keluarga yang meninggalkan kami sebelum Ramadhan beberapa tahun yang lalu. Ramadhan kali ini mereka tiada bersama-sama kami menikmati indahnya Ramadhan tahun ini. Serta-merta saya mengucap kesyukuran kerana saya masih bernyawa walaupun saya tidak tahu sama ada ini adalah Ramadhan terakhir buat saya.

Harapan saya hanya satu, moga Allah memanjangkan usia ibu ayah dan ahli keluarga saya untuk bersama-sama saya menikmati Ramadhan dan Aidilfitri kali ini.Insya-Allah.

p/s: hargailah saat bersama..^___^


Tinta Sang Pujangga

"Jadilah matahari yang menyinari bumi untuk memberikan
kehangatan, hujan yang memberikan kesejukan, pelangi yang mencurahkan keceriaan...."


Daripada Abdullah bin 'Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda, "sampaikanlah walau sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil sesuatu daripada bani Israel (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas namaku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka. (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Hibban)