“Katakanlah, sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka akan habislah air di lautan itu sebelum habis ditulis kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (QS. Al Kahfi: 109)



Wednesday, February 11, 2015

Kerana Insan itu Seorang Perempuan...

Orang kata,
perempuan yang kuat ialah perempuan yang tak menangis depan lelaki...

Orang kata,
perempuan yang kuat ialah perempuan yang tahan dengan kemarahan yang bertamu di hati...

Orang kata,
perempuan yang kuat ialah perempuan yang pandai jaga maruah diri...

Orang kata,
perempuan yang kuat ialah perempuan yang menahan telinga apabila ditembak dengan soalan tahap maut yang boleh membinasakan diri...

Perempuan selalu dikatakan sebagai insan yang lemah, suka menangis dan tidak menjaga kehormatan diri. Namun, pernahkah kalian terfikir bahawa insan yang lemah inilah yang sentiasa ada di belakang insan bernama lelaki saat susah dan senang?...

Andai seorang perempuan itu lemah, dia tidak mampu memulihkan hati tatkala diracuni insan bernama lelaki.

Andai seorang perempuan itu lemah, dia tidak akan mampu menahan sabar tatkala diuji dengan soalan pernikahan.

Andai seorang perempuan itu lemah, dia tidak akan mampu membawa beban nyawa di dalam rahimnya sehingga berkorban jiwa mengeluarkan umat manusia ke dunia..

Andai insan bernama lelaki tidak tahu menghargai, jangan sesekali meminta dan mencuri hati untuk kalian sakiti.

Tinta Sang Pujangga

"Jadilah matahari yang menyinari bumi untuk memberikan
kehangatan, hujan yang memberikan kesejukan, pelangi yang mencurahkan keceriaan...."


Daripada Abdullah bin 'Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda, "sampaikanlah walau sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil sesuatu daripada bani Israel (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas namaku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka. (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Hibban)