“Katakanlah, sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka akan habislah air di lautan itu sebelum habis ditulis kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (QS. Al Kahfi: 109)



Thursday, August 14, 2008

bicara hati..

kadang-kadang diri rasa terlalu kerdil..terasa ilmu yang ada ini tak sebanyak para sahabat Rasulullah..astaghfirullah..kadang-kadang diri ini rasa terlalu ampuh untuk menempuhi ranjau dunia yang terlalu mencabar..baru kini diri ini rasa terlalu kecil jika dibandingkan dengan mereka yang terlalu banyak ilmunya..

moga ALLAH sentiasa menetapkan hati ini untuk sentiasa berjuang ke jalan-NYA..insyaALLAH...

CINTA ILAHI...

andai SAYANGNYA seseorang bukan kerana ALLAH,
pasti KEBAIKANNYA tidak memberi ERTI..
KESILAPANNYA disalah erti..
HATINYA sering DILUKAI..
JIWANYA selalu DISAKITI..
namun..
jika SAYANGNYA seseorang kerana ALLAH..
pasti segala KEBAIKAN DAN KESILAPANNYA dipandang dengan MATA HATI..
JIWA tidak TERGURIS dek RASA HATI..
HATI tidak TERLUKA dek GURISAN HATI....

waalahualam...

KIASAN CINTA..

Mudahnya mencari CINTA..tapi CINTA yang SEJATI itulah yang sukar diharungi..
Mudahnya mencari BAHAGIA..tapi BAHAGIA yang BERKEKALAN itulah yang sukar dikecapi..
Mudahnya mencari KESERONOKAN..tapi KESERONOKAN yang tiada KEMURKAAN itulah yang sukar ditemui..
Mudahnya mencari KESEDIHAN..tapi KESEDIHAN kerana ALLAH itulah yang jarang kita perolehi..
KEBAHAGIAAN adalah apabila seseorang itu dapat merasa TENANG dalam KECEWA..
SIHAT dalam SAKIT..KAYA dalam MISKIN..RAMAI dalam KESEORANGAN..HARAP dalam KEBINGUNGAN..SABAR dalam UJIAN..REDHA dalam KETENTUAN ALLAH..

Tuesday, August 12, 2008

assalamualaikum...

selamat datang ke blog saya..
harap kalian semua dapat berkongsi ilmu dan bicara dalam blog yang direka ini...
sejajar dengan tuntutan Islam yang berkehendakkan umatnya sentiasa berkongsi dan menambahkan ilmu yang ada dalam diri sebagai satu alternatif untuk kemaslahatan umat Islam khususnya dan umat manusia amnya...

tidak salah untuk kalian asemua memberi komen dan kritikan yang membina antara satu sama lain kerana sudah menjadi fitrah manusia dilahirkan dalam serba kekurangan dan pada masa inilah peluang untuk kita bersama-sama memanfaatkan segala ilmu yang dapat dikongsikan..

akhirul kalam..selamat berkenalan.

Tinta Sang Pujangga

"Jadilah matahari yang menyinari bumi untuk memberikan
kehangatan, hujan yang memberikan kesejukan, pelangi yang mencurahkan keceriaan...."


Daripada Abdullah bin 'Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda, "sampaikanlah walau sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil sesuatu daripada bani Israel (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas namaku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka. (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Hibban)