“Katakanlah, sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka akan habislah air di lautan itu sebelum habis ditulis kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (QS. Al Kahfi: 109)



Monday, March 31, 2014

Untitled II


Saat dirimu kehilangan cinta dan perhatian si dia,
Ingatlah...
Dirimu tidak akan pernah kehilangan cinta dan perhatian dari Allah...

Saat dirimu terasa kehilangan kasih dan sayang si dia,
Sedarlah...
Dirimu tidak akan pernah terasa kehilangan kasih dan sayang Allah...

Saat dirimu berasa dikecewakan oleh si dia,
Ingatlah...
Allah sentiasa berada hampir dengan dirimu...

Sesungguhnya...
Allah sentiasa ada untuk hamba-Nya...
Dialah yang maha Pengasih..
Dialah juga yang maha Penyayang...

Cinta pada manusia tiada kekal selamanya...
 Cinta pada Allah berterusan hingga ke sana...

Thursday, March 27, 2014

Untitled...

Suratan atau satu kebetulan?

Dipertemukan kemudian dipisahkan...

Dititipkan kasih sayang dan kemudian ditaburkan kebencian...

Diberikan kepercayaan kemudian dihapuskan dengan pengkhianatan...

Karma atau dendam?

Buat awak...

Terima kasih kerana membuatkan saya serik untuk bertemu lagi dengan semua perasaan ini...



Monday, March 24, 2014

Aku dan Waktu

Semakin meniti usia..
Semakin rasa kehilangan...

Hilang zaman keanak-anakan..

Perginya zaman keremajaan...

Hadirnya waktu kedewasaan...

Menggalas tanggungjawab..
Dalam kelangsungan kehidupan...

Andai masa itu mampu aku putarkan,
Akan kusemat segala kenangan,
Agar tidak lagi terasa keseorangan...

Friday, March 21, 2014

Adakah Dia Untukku...

14 tanda si dia ialah rakan sejiwa anda (soulmate)...kalau betul pada diri anda tu maknanya betul la tu..huhuhu..

1. Seteruk mana pun anda bergaduh dengan si dia, anda tetap tidak dapat melupakan dirinya dan membuang dia jauh dari fikiran serta hati anda..

2. Apabila anda menghubungi si dia lewat malam dan selepas dia meletakkan telefonnya, anda akan tetap berasa rindu walaupun baru 5 minit berlalu...

3. Anda akan membaca pesanan ringkas si dia berulang kali...

4. Anda akan berjalan perlahan-lahan apabila bersama-sama dengan si dia..

5. Anda akan berasa malu apabila anda bersama-sama dengannya...

6. Jantung anda akan berdegup laju apabila anda memikirkan tentang dirinya...

7. Anda akan tersenyum apabila mendengar suaranya..

8. Apabila anda memandang si dia, anda tidak akan nampak orang lain di sekeliling anda kecuali dirinya...

9. Anda akan mula mendengar lagu-lagu bernada perlahan (balada) apabila anda memikirnya tentang si dia...

10. Si dia adalah segalanya yang anda fikirkan...(dia sentiasa ada dalam fikiran anda)

11. Anda akan berasa sangat teruja walaupun hanya dapat menghidu bau-bauan si dia...

12. Anda akan sedar bahawa anda akan sentiasa tersenyum sendiri apabila anda memikirnya tentang dirinya...

13. Anda sanggup dan akan melakukan segala-galanya untuk si dia...

14. Apabila anda membaca perkara-perkara ini, dialah insan yang pertama terlintas di hati dan fikiran anda...

^__^V

Jom Kenal Diri II

Entri sebelum ini berkenaan dengan kedudukan anak 1,3,4, dan 6. Kali ini atas permintaan seorang sahabat blog, saya masukkan entri khas tentang sifat anak kedua. Sebenarnya apa yang ditafsirkan tentang sikap anak kedua ini ada benar dan salahnya. Kita lihat di bawah:


☞ agak degil berbanding adik-beradik yang lain...
☞ Pandai berdikari..mungkin sebab selalunya anak kedua ni kurang diberikan perhatian...
☞ Jenis yang memendam dan tidak pandai kongsi masalah dengan orang...
☞ tidak pandai zahirkan perasaan depan orang...
☞ seorang yang penyabar...
☞ mengambil berat tentang orang lain...
☞ sukar menerima arahan..lebih mudah bekerja sendiri (keras kepala jugak la)...
☞ sukar ditegur..kalau ditegur senang tarik muka..
☞ tak pandai memujuk orang lain...
☞ mempunyai kepercayaan diri yang tinggi...
☞ kadang-kadang cepat terasa..
☞ seorang yang berwibawa tetapi agak ego...
☞ naluri mempertahankan diri yang kuat...
☞ tegas dalam membuat keputusan...
☞ sukar untuk dipengaruhi...

^__^V



Wednesday, March 19, 2014

Jom Kenal Diri...

Entri kali ni bukanlah sebagai nujum pak belalang atau tok moh bubu...hehehe..tapi entri kali ni hanya sebagai informasi untuk kita. Kajian tentang personaliti seseorang berdasarkan tarikh lahir pernah dijalankan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Fadzilah Kamsah. Beliau dikatakan mengambil masa yang sangat lama untuk mengkaji personaliti dan sikap individu berdasarkan kelahirannya. Terdapat juga kajian berkenaan dengan personaliti berdasarkan kedudukan anak dalam keluarga. Apa yang saya peroleh ialah kajian personaliti berdasarkan kedudukan anak/adik-beradik. Mungkin pada sesetengah pihak, kajian ini langsung tidak berkaitan dengan mereka, tetapi berbeza dengan saya. Jom tengok di bawah. Khas untuk kedudukan anak nombor 1/3/4 dan 6. (Saya la tu..^__^)

☞ keras kepala...
☞ sangat mengambil berat tentang apa yang orang sekeliling katakan tentang dirinya..
☞ seorang yang kelam-kabut dan cuai..
☞ muka nampak garang tapi sebenarnya comel dan cute
☞ manis dan penyayang (sweet plus caring..)
☞ cepat terasa hati walaupun nampak kental (tough)

always awesome..
☞ suke bergelak dengan kawan walaupun hati tengah sedih..
☞ marah dalam diam, sentap dalam diam, kadangkala gembira, kadangkala moody..
☞ nampak pemalu, tapi bila dah kenal mulut mengalahkan murai..
☞ manja & mengambil berat...
☞ merupakan tulang belakang adik beradik..
☞ waktu muda agak menyusahkan, tapi paling berbakti bila dah besar..
☞ degil sangat..
☞ muke gangster tapi cepat jatuh hati..

sweet macam madu, pemarah macam singa, manja  macam kucing..
☞ tidak suka dibanding bandingkan..


^__^V

Tuesday, March 18, 2014

Tetamu Malam...

Tetamu malam itu kembali semula..
Mengetuk pintu alam lena..


Tiga malam dahulu...
Tetamu malam menjejak hatiku,
Membawa perkhabaran duka...


Adakah khabar itu sebagai petanda,
Bahawa aku bakal kehilangannya...
Seperti hilangnya yang pertama...

Monday, March 17, 2014

Hari tanpa Bicara (Wordless Today)







"Silent is the best way..sesungguhnya apabila banyak berkata-kata, maka akan memudahkan kesakitan pada hati..berdiam itu lebih baik daripada berkata-kata..."

Friday, March 14, 2014

Antara Suka dan Cinta

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.

Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi air mata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.


Cinta, Sayang, Minat Dan Suka

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta ditujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia ketika kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang ditujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan masalah kita dan kita juga boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita tidaklah rindu sangat pada dia bila tidak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka ditujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekiranya perut kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu.


Friday, March 7, 2014

Ujian dan diriku

Tiada manusia yang tidak diuji dengan ujian dari Allah. Allah menguji sebagai tanda bahawa Dia mengingati kita dan inginkan kita sentiasa dekat dengan-Nya.

Pengajaran untuk hari ini buat diriku yang lupa- "Ujian yang Dia datangkan pada kita hanya secebis dari ujian-ujian yang besar. Jika mereka yang menghadapi musibah besar mampu menghadapinya, mengapa tidak kita?"...Hasbunallahi wani'mal wakil..." dan sesungguhnya kesabaran itu indah dan manis..Fasobbirun jamil..^__^




Tinta Sang Pujangga

"Jadilah matahari yang menyinari bumi untuk memberikan
kehangatan, hujan yang memberikan kesejukan, pelangi yang mencurahkan keceriaan...."


Daripada Abdullah bin 'Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda, "sampaikanlah walau sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil sesuatu daripada bani Israel (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas namaku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka. (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Hibban)