“Katakanlah, sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka akan habislah air di lautan itu sebelum habis ditulis kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (QS. Al Kahfi: 109)



Monday, February 20, 2012

Kerinduan itu...


Kerinduan itu hadir apabila kita saling berjauhan..
rasa sayang itu hadir apabila kita masing-masing teringatkan...

itulah ukhuwah yang tersemi di hati ini..rinduku semakin menebal apabila semakin lama aku di sini. Rinduku pada emak, ayah, adik-beradikku,anak-anak buahku. Aku rindu pada suasana kampung. Angin nyaman bertiup tatkala embun masih di daunan. Aku rindu pada kicauan burung-burung pada waktu pagi dan bunyi reriang pada hening malamnya. Aku tersangat rindu untuk berbicara bersama-sama emak dan ayah ketika sama-sama di meja makan. Walaupun aku bukanlah seriuh mana di rumah tetapi setiap hari pasti akan meriah suasana rumah dengan suara emak dan ayah. Aku rindu semua itu.

Ya ALLAH..kuatkanlah hati ini, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapinya. Mungkin ini hanya ujian yang Engkau berikan kepada kami tetapi tanpa-Mu aku tidak mampu menghadapinya..Kekalkanlah rasa rindu ini agar ingatanku akan kekal bersama kenangan-kenangan indah itu...

Tinta Sang Pujangga

"Jadilah matahari yang menyinari bumi untuk memberikan
kehangatan, hujan yang memberikan kesejukan, pelangi yang mencurahkan keceriaan...."


Daripada Abdullah bin 'Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda, "sampaikanlah walau sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil sesuatu daripada bani Israel (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas namaku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka. (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Hibban)