“Katakanlah, sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka akan habislah air di lautan itu sebelum habis ditulis kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (QS. Al Kahfi: 109)



Friday, August 29, 2014

Sayonara...

Tiba masa untuk ucapkan selamat tinggal buat seketika..

InshaAllah akan kembali semula andai diizinkan, kerana tiada apa lagi mahu dicoretkan di sini.

Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang tidak hamba-Nya ketahui...





Tuesday, August 26, 2014

Hilang...



Innalillahi wainna ilaihi raji'un...

Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali..

Allah yang memberikan rasa itu..dan Allah jugalah yang berhak mengambil rasa itu semula..

Allah meminjamkan perasaan itu...dan kepada-Nya perlu dipulangkan kembali..

Sesungguhnya Allah pasti akan menggantikan dengan yang lebih baik..

Kehidupan manusia hanya pinjaman dari-Nya...




Friday, August 15, 2014

Kerana Cinta...

Saat cinta kepadanya mulai sirna,
Cinta kepada-Nya semakin bercahaya...

Tika rindu kepadanya mulai pudar,
Rindu kepada-Nya semakin memancar...

Bila sayang kepadanya kian kelam,
Sayang kepada-Nya semakin dalam...

Ingatlah..
Cinta, rindu dan sayang kepada manusia pasti menemui jalan mati...
Namun, cinta, rindu dan sayang kepada Allah tidak bersempadan dan bertepi...



Thursday, August 14, 2014

Doa...

 
"Doa ialah senjata orang-orang mukmin, tiang bagi agama dan nur bagi langit dan bumi"

(Hadith riwayat Hakim)



Dari Abu Hurairah r.a berkata: sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda :

"Tiga golongan yang doanya tidak ditolak, iaitu orang yang sedang berpuasa sehingga dia berbuka; seorang imam yang adil; dan orang yang teraniaya, maka doanya diangkat oleh Allah sampai ke langit dan dibukakan pintu-pintu langit untuk dirinya ; lalu Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi berfirman; "Demi kejayaan-Ku, pasti Aku akan menolongmu walau beberapa saat kemudian."

(Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi)


Daripada Abu Darda' berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim tanpa diketahui oleh saudaranya itu adalah mustajab, (ketika berdoa) akan ada didekatnya malaikat setiap ia berdoa untuk saudaranya itu dengan suatu kebaikan, (malaikat itu) akan berkata; "Amin!Dan bagi engkau kebaikan yang sama."

(Hadith riwayat Muslim)


Wednesday, August 13, 2014

Teman Paling Setia...

Dia..
Teman paling setia..
Mendakapnya memberikan 1001 ketenangan...
Menatapnya mengurangkan segala beban..
Membacanya mengundang sejuta keinsafan...

Dia..
Teman paling setia...
Moga syafaat-Nya membantuku di akhirat sana...

"Allahumma zaiyinna bi zinatiil Quran..Wa akrimna ya Allah bi karamatiil Quran.." (Ya Allah ~hiasilah kami dengan keindahan Al-Quran..dan muliakanlah kami dengan kemuliaan Al-Quran~


Ya Allah terangilah hati kami dengan berkat Al Qur’an, dan hiasilah akhlak kami dengan kemualian Al Qur’an, jauhkanlah kami dari api neraka dengan petunjuk Al Qur’an, masukkanlah kami ke surgamu dengan cahaya Al Qur’an. Jadikanlah Al Qur’an sebagai teman di dunia, di dalam kubur sebagai penerang kegelapan , cahaya di atas titian (shirath), jadikanlah al-quran yang dibaca sebagai petunjuk untuk segala kebaikan dan tetapkanlah kami dlm kesempurnaan , anugerahkan kepada kami kemudahan dlm mengamalkan Al Qur’an dgn hati dan lisan, senantiasa cinta kpd kebaikan, kebahagiaan, kegembiraan dan keindahan iman…




Tuesday, August 12, 2014

Kasih Sayang...





Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Tidak akan benar-benar beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri"

(Riwayat A-Bukhari, Muslim dan Ahmad)


Monday, August 11, 2014

Wordless today..

If ALLAH is all you have, you have all you need...^__^

Sesungguhnya solatku, ibadahku,  hidupku, matiku adalah untuk Allah taala..




Thursday, August 7, 2014

Buku dan Saya..Ibarat Irama dan Lagu...

Apabila buku dan saya tidak boleh dipisahkan. Saya memang gilakan buku sejak kecil. Teringat buku pertama yang dibelikan oleh ayah untuk saya. Buku penyiasatan yang dialih bahasa ke dalam bahasa Melayu. Minat saya pada buku tak pernah pudar sehingga kini. Saya pernah hampir menolak jawatan pengawa sekolah ketika Darjah 3 (Pengawas Tahap Satu) hanya kerana saya ingin dilantik sebagai pengawas pusat sumber sekolah. Tetapi, Guru Disiplin memberikan janji kepada saya bahawa saya boleh sahaja meminjam buku dan berada di pusat sumber sekolah pada waktu saya tidak bertugas. Dari sekolah rendah hingga bekerja, tempat untuk saya menenangkan fikiran ialah di perpustakaan. Cuma ketika berada di kampus, saya kurangkan masa untuk berada di perpustakaan kerana perpustakaan kampus saya padat dengan para pelajar. Jadi, saya tiada tempat yang menenangkan di sana. Itu belum dikira tabiat saya yang suka berlama-lama di kedai buku. Pernah satu ketika ketika di kampus, saya memperuntukkan masa selama 2 jam di kedai buku MPH kerana terlalu teruja melihat buku-buku yang disusun di situ. (Nasib baiklah kedai buku tu menyediakan tempat untuk mereka yang ingin membaca, tetapi lepas baca tu beli la buku tu..)

Itu cerita tentang perpustakaan. Baru muqaddimahnya. Hari ini ialah hari gembira saya kerana buku yang dibeli melalui atas talian telah tiba dengan selamatnya ke tangan saya. Kegembiraan itu sangat mengujakan hati saya kerana buku (lebih kepada novel sebenarnya) itu telah tiada lagi di pasaran, dan hanya dijual melalui atas talian terus dari penerbit buku tersebut dan saya berpeluang untuk memperolehinya setelah lama menunggu (buku tersebut tiada stok pada ketika saya menempahnya).

Sememangnya malam-malam saya selepas penat bekerja bukanlah di hadapan televisyen, tetapi lebih di dalam kamar tidur saya kerana saya akan mula membaca selepas waktu Isyak. Malam-malam saya terisi dengan pembacaan dan itulah yang saya amalkan sejak kecil. Kalau dahulu, waktu membaca dan mengulang kaji saya seawal jam 3 pagi (orang kata waktu terbaik untuk menghafal ialah selepas bangun tidur dan ketika dinihari selepas qiamullail). Kini, saya akan membaca sebelum tidur.

Inilah terapi saya selepas seharian menghadap kerenah pegawai atasan. Paling elok, jangan membebankan pemikiran kita untuk membaca bahan bacaan yang sarat, tetapi eloklah membaca bahan bacaan yang santai. Sebelum tidur juga eloklah diamalkan membaca surah Al-Mulk (masih lagi dikategorikan membaca ya).

p/s: Seronok jadi ulat buku daripada jadi ulat bulu..^__^


Kucing pun baca buku tau..heheheh..


membaca kan amalan kita..(kata si kucing..)..hehehe

Tuesday, August 5, 2014

Tidak Seindah Dahulu...

Aidilfitri 2014 tidak berjalan seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini temanya "duduk terperuk di dalam rumah tanpa keluar beraya sakan". Semacam je tema tahun ini. Tapi itulah hakikatnya. Keluarga saya tidaklah sebesar mana. Saudara-mara pun sudah kurang menjenguk kami yang merupakan waris tunggal di kampung. Mungkin kerana kebanyakan sepupu saya telah berusia (adik-beradik saya merupakan cucu bongsu dalam keluarga besar sebelah ayah dan mak). Kebetulan saya memang tidak mempunyai kenderaan persendirian untuk beraya atau pergi ke mana-mana sepanjang cuti hari raya baru-baru ini. Kesannya, saya menjadi suri rumah tangga sepenuh masa sepanjang seminggu bercuti di kampung.

Kebosanan saya sepanjang hari raya ini terubat sedikit (secebis sebenarnya) apabila teman-teman baik mengajak saya berjumpa untuk melepaskan kerinduan setelah genap setahun kami tidak bersua muka. Masing-masing menghadap kesibukan bekerja dan belajar sehingga menyebabkan kami hanya bertemu tatkala Aidilfitri menjelma. Maka, tidak hairanlah sekiranya saya katakan kami hanya bertemu apabila genap setahun. Aidilfitri kali ini bilangan kami berkurangan apabila teman bersama ketika dulu telah melayari bahtera rumah tangga. Tiada lagi istilah bergambar dan berselfie seperti tahun-tahun lepas. Kami bertemu dan berbual dalam keadaan penuh kesederhanaan. Berkongsi perasaan dan kisah hati masing-masing. Apabila tinggal bertiga sahaja kini, masing-masing meluahkan apa yang terbuku di hati selama ini. Kisah cinta, tekanan tempat kerja dan persahabatan zaman persekolahan mengisi pertemuan kami sepanjang hari tersebut.

Apabila difikirkan semula, semakin menginjak usia, kemeriahan dan perasaan untuk merasai nikmat bergembira pada hari lebaran semakin lama semakin berkurang. Kadang-kadang pernah terlintas di hati untuk membawa keluarga khususnya mak dan ayah untuk bercuti sahaja ke mana-mana destinasi percutian. Paling menjadi impian saya selepas ini ialah untuk membawa mak ayah mengerjakan umrah tatkala hujung Ramadhan supaya kami dapat merasai keseronokan berhari raya di Tanah Suci.

Apa-apa pun, saya tetap bersyukur kerana masih diberikan kesempatan merasai udara dan helaan nafas sepanjang Syawal tahun ini.

Moga Syawal tahun berikutnya tidak lagi seperti tahun ini. Cukup la tahun ini Aidlifitri saya bertemakan suri rumah tangga yang tiada bersuami ini..huhuhu..

p/s: Tahun ini tiada gambar yang dapat dimuatkan dalam entri ini seperti tahun lepas. Semuanya tidak mahu berselfie..al-maklumlah kata sahabat-sahabat saya, selfie-selfie ni untuk budak-budak..bajet semua dh berusia la..^__^
Macam ni la saya sepanjang raya di rumah..kebosanan..huhuhu..

Tinta Sang Pujangga

"Jadilah matahari yang menyinari bumi untuk memberikan
kehangatan, hujan yang memberikan kesejukan, pelangi yang mencurahkan keceriaan...."


Daripada Abdullah bin 'Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda, "sampaikanlah walau sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil sesuatu daripada bani Israel (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas namaku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka. (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Hibban)