Kebosanan saya sepanjang hari raya ini terubat sedikit (secebis sebenarnya) apabila teman-teman baik mengajak saya berjumpa untuk melepaskan kerinduan setelah genap setahun kami tidak bersua muka. Masing-masing menghadap kesibukan bekerja dan belajar sehingga menyebabkan kami hanya bertemu tatkala Aidilfitri menjelma. Maka, tidak hairanlah sekiranya saya katakan kami hanya bertemu apabila genap setahun. Aidilfitri kali ini bilangan kami berkurangan apabila teman bersama ketika dulu telah melayari bahtera rumah tangga. Tiada lagi istilah bergambar dan berselfie seperti tahun-tahun lepas. Kami bertemu dan berbual dalam keadaan penuh kesederhanaan. Berkongsi perasaan dan kisah hati masing-masing. Apabila tinggal bertiga sahaja kini, masing-masing meluahkan apa yang terbuku di hati selama ini. Kisah cinta, tekanan tempat kerja dan persahabatan zaman persekolahan mengisi pertemuan kami sepanjang hari tersebut.
Apabila difikirkan semula, semakin menginjak usia, kemeriahan dan perasaan untuk merasai nikmat bergembira pada hari lebaran semakin lama semakin berkurang. Kadang-kadang pernah terlintas di hati untuk membawa keluarga khususnya mak dan ayah untuk bercuti sahaja ke mana-mana destinasi percutian. Paling menjadi impian saya selepas ini ialah untuk membawa mak ayah mengerjakan umrah tatkala hujung Ramadhan supaya kami dapat merasai keseronokan berhari raya di Tanah Suci.
Apa-apa pun, saya tetap bersyukur kerana masih diberikan kesempatan merasai udara dan helaan nafas sepanjang Syawal tahun ini.
Moga Syawal tahun berikutnya tidak lagi seperti tahun ini. Cukup la tahun ini Aidlifitri saya bertemakan suri rumah tangga yang tiada bersuami ini..huhuhu..
p/s: Tahun ini tiada gambar yang dapat dimuatkan dalam entri ini seperti tahun lepas. Semuanya tidak mahu berselfie..al-maklumlah kata sahabat-sahabat saya, selfie-selfie ni untuk budak-budak..bajet semua dh berusia la..^__^
Macam ni la saya sepanjang raya di rumah..kebosanan..huhuhu.. |