“Katakanlah, sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka akan habislah air di lautan itu sebelum habis ditulis kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (QS. Al Kahfi: 109)



Thursday, November 13, 2008

exam kat ukm ni dah pun smpai pertengahan minggu...tak lama lagi nak cuti..sayang pulak nak tinggalkan ukm ngan kawan2...huhuhu..walaupun hanya sebulan jer tapi bila kita dah saling kenal antara satu sama lain..ukhuwwah 2 seakan terlalu utuh untuk dileraikan..ibarat besi yang waja...tapi bila teringat kampung halaman pulak memang rindu..ia seakan menggamit hati ini untuk pulang..itulah manusia..kita x puas dengan apa yang kita rasa kan???hehehe...
bila sedih saya mesti teringat pada kata-kata ni....kata-kata ni membuatkan saya rasa bersemangat kembali apabila menghadapi masalah yang agak sukar untuk saya selesaikan...kata-kata itu berbunyi begini...

kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari..Allah turunkan petir dan kilat pada kita..puas kita mencari dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari...rupa-rupanya Allah anugerahkan pelangi yang teramat indah...

manusia dan masalah tidak dapat dipisahkan..cuma bijak atau tidak sahaja untuk kita menyelesaikannya..saya pun tak pernah lari dari masalah....kadang-kadang terasa sunyi pula tanpa masalah..pelik kan??tapi itulah realiti kehidupan makhluk bernama manusia...kita yang cipta masalah dan kita jugalah yang harus selesaikannya....

Tinta Sang Pujangga

"Jadilah matahari yang menyinari bumi untuk memberikan
kehangatan, hujan yang memberikan kesejukan, pelangi yang mencurahkan keceriaan...."


Daripada Abdullah bin 'Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda, "sampaikanlah walau sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil sesuatu daripada bani Israel (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas namaku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka. (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Hibban)