“Katakanlah, sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka akan habislah air di lautan itu sebelum habis ditulis kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (QS. Al Kahfi: 109)



Wednesday, November 27, 2013

Pena dan Kata-kata

Ketajaman kata-kata melalui tinta lebih menusuk berbanding kata-kata melalui bicara.

Lebih terkesan di hati berbanding menjadi halwa telinga semata-mata.

Memang benar, mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang, dan kerana itulah penulisan mampu mengubah dunia.

p/s: Lebih baik berbicara dengan pena daripada mengadap wajah-wajah manusia yang hanya bertopengkan kebaikan tetapi hakikatnya penuh dengan kebusukan.

Tuesday, November 26, 2013

S untuk Sabar

S.A.B.A.R

Allah sentiasa bersama-sama hamba-Nya yang bersabar dengan ujian yang datang mendampinginya.

Noktah.

Tuesday, November 19, 2013

Debu-debu Keikhlasan...

Debu-debu ikhlas,
Berterbangan,
Disapa pawana ungkitan..

Terbang kehampaan,
Terlekat seketika,
Pada hamparan pengharapan,
Moga ada sisa ingatan...

Hampa semula,
Bila mana debu-debu ikhlas,
disapu terus dalam sampah kelupaan...

Sukar mentafsirkan apa yang terbungkam dalam hati. Andai hati ini Allah jadikan mampu berkata-kata, pasti setiap apa yang terpendam dalam hati bisa diluahkan semua..dan ketika itu pasti ada yang mencipta sengketa...

Biarlah hati itu tidak berkata-kata pada zahirnya kerana selagi ia mampu memendamkan segala rasa di dalamnya, itu yang tetap manusia lakukan..biar ia sembuh sendiri...

p/s: Tidak bijak dalam menyusun kata meluahkan bicara..hanya yang merasai akan mengerti..

Monday, November 18, 2013

Sekadar coretan I...

Gugur mawar dalam taman,
dibiar orang layu sendiri,
Emas sudah dalam genggaman,
Malang diri tak mampu miliki..


Hati merindu menjadi jemu,
Takut cinta semakin pudar,
Cemburu di hati sering bertamu,
Malang sekali orang tak sedar..


Susah nak luah..hanya pena menjadi perantara...biar tiada siapa mengerti..kan lebih baik begitu..orang tak akan tahu apa yang sedang menari-nari dalam hati..

Manusia..sudah diberikan mulut tapi tak mahu gunakan..masih juga perlu bantuan jemari untuk menyampaikan apa yang terpendam..


Friday, November 15, 2013

Tiap Titisan itu...

Titis hujan dinihari
melenyapkan noda
dari kotoran yang melimpahi dunia...

Titis doa dinihari
menghapuskan dosa
yang terbelenggu dalam diri insan...

Allah itu maha Tahu,

Titisan hujan buat sang bumi,
Titipan tahajjud buat si perindu syurga Ilahi...

Yang mencintai akhirat,
Yang merindui Kalam-Nya...

Friday, November 8, 2013

Saya dan rama-rama...

"Rama-rama terbang merata,
Sungguh cantik aneka warna,
Hisap madu di pohon bunga,
Tapi sayang hidup tak lama"...

Saya suka lagu ni sejak pertama kali mendengar anak saudara sulung saya menyanyikan lagu ini. Tapi saya suka rama-rama sejak kecil lagi. Mengapa? sering kali diasak pertanyaan "mengapa" apabila saya menyatakan kesukaan saya kepada spesies makhluk Allah yang satu ini. Rama-rama sangat cantik. Lihat sahaja warna pada kepaknya. Beraneka warna. Cantik pada pandangan sesiapa sahaja. Tetapi yang menjadikan saya sukakan rama-rama bukanlah kerana kecantikannya, tetapi kebebasannya di alam ini. Rama-rama jadi penyeri pada taman. Jika tiada rama-rama, maka tiada seri sesebuah taman itu. Terbang bebas ke mana-mana sahaja ia mahukan.

Andai mampu memilih untuk bertukar menjadi apa, saya akan pilih untuk menjadi rama-rama. Biarlah hidup saya tak lama seperti dalam lagu di atas, tetapi sekurang-kurangnya saya tak menyusahkan sesiapa, sebaliknya membawa kegembiraan kepada sesiapa sahaja yang melihat saya.

Saya terlalu ingin untuk membahagiakan insan-insan yang berada di sisi saya sebagaimana sang rama-rama lakukan untuk membahagiakan pengunjung taman. Tetapi saya tak mampu membawa kebahagiaan itu, malah sering kali memberikan kesusahan kepada orang lain. Namun, syukur saya panjatkan kepada Yang Khaliq kerana memberikan peluang untuk saya lahir sebagai Islam yang masih punya iman yang kuat. Saya tahu Dia memberikan dugaan kepada saya bukanlah kerana Dia membenci saya sebagai hamba-Nya tetapi Dia mahu saya menjadi kuat dan iman saya semakin menebal terhadap-Nya. Setiap ujian yang mendatangi saya, saya padukan menjadi sumber kekuatan saya untuk terus bernafas di bumi Allah ini.

Saat jari-jemari menari menulis entri ini, saya sebenarnya masih belum kuat untuk menghadapi ujian yang baru sahaja menerjah saya. Tetapi tiada tempat untuk saya meluahkan rasa melainkan dalam diari saya ini. Diari? Ya, inilah diari harian, mingguan dan bulanan saya. setiap coretan di dalamnya lahir dari hati saya. Apa-apa pun yang terjadi selepas ini, saya perlu kuatkan hati saya demi hidup dan masa depan saya yang masih panjang.

Walaupun rama-rama hidup tak lama, saya tetap suka rama-rama. Mungkin satu masa nanti saya juga akan menjadi seperti sang rama-rama. Menjadi penyeri untuk insan-insan sekeliling saya walaupun saat itu hidup saya mungkin tidak akan lama. ^__^

7 Sunnah Hebat Rasulullah s.a.w..mari amalkan..

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
 
~Prof. Dr. Muhaya via Ustaz Don Daniyal Don Biyajid..~

Terima kasih Dr. atas perkongsian ilmu ini..^__^

Tinta Sang Pujangga

"Jadilah matahari yang menyinari bumi untuk memberikan
kehangatan, hujan yang memberikan kesejukan, pelangi yang mencurahkan keceriaan...."


Daripada Abdullah bin 'Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda, "sampaikanlah walau sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil sesuatu daripada bani Israel (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas namaku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka. (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Hibban)