“Katakanlah, sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka akan habislah air di lautan itu sebelum habis ditulis kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (QS. Al Kahfi: 109)



Friday, November 25, 2011

antara cita-cinta-harapan-impian....


Cita...
semua insan pasti ada cita yang diimpikan selama ini. Bohong rasanya andai dikatakan seseorang itu tidak punyai cita....
Cinta...
cinta itu fitrah manusia..tiada seorang pun yang akan lari dari rasa cinta ini. Rasul sendiri punyai rasa itu apatah lagi insan biasa seperti kita...
Harapan...
suatu patah kata yang lahir dari kata Harap. Manusia pasti akan mengharap kerana harapan itu adalah rasa yang ada di jiwa. mengharap kepada apa jua perkara dan yang penting kepada ALLAH tempat pengharapan kita.
Impian...
Hajat yang ada dalam jiwa. Seperti juga cita tetapi impian lebih besar maknanya.
antara cita dan cinta, ramai yang memilih cinta. Antara harapan dan impian, ramai juga yang memilih harapan. Kesinambungannya mudah. Cinta dan Harapan saling berkait, manakala Cita dan Impian sama-sama memerlukan. bagiku, cinta memang tidak dapat dipisahkan. Apabila adanya cinta pasti mengundang harapan. Namun sejauh mana cinta itu menjadikan harapan itu kekal selamanya? tepuk dada tanya hati masing-masing. Begitu juga dengan cita, apabila diri ada cita pasti impian turut hadir menjelmakan dirinya. Aku memilih cita dan impian namun dalam masa yang sama cinta dan harapan terkapai-kapai minta dikasihani. Aku mula mendapatkan cinta dan kini aku berharap moga melalui cita, impian aku akan terlaksana dan harapan aku akan merealisasikan cinta yang berputik selama ini...=)

Tinta Sang Pujangga

"Jadilah matahari yang menyinari bumi untuk memberikan
kehangatan, hujan yang memberikan kesejukan, pelangi yang mencurahkan keceriaan...."


Daripada Abdullah bin 'Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda, "sampaikanlah walau sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil sesuatu daripada bani Israel (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas namaku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka. (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Hibban)