“Katakanlah, sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka akan habislah air di lautan itu sebelum habis ditulis kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (QS. Al Kahfi: 109)



Saturday, October 31, 2009

luahan......

ya ALLAH...
sesungguhnya hati ini benar-benar merindui-MU...
tapi diri ini benar-benar malu dengan-Mu...
bila ku dalam kesenangan..engkau bukan tempat ku berkongsi kesenanganku....
namun..
bila kini hatiku dibelenggu kesusahan dan kegusaran..
hanya Engkau tempat ku mengadu...
engkaulah tempat ku memohoon petunjuk...
Ya ALLAH...
ampunilah diriku....
bantulah aku...
masalah datang melanda....
menyentap setiap untaian nadiku...
fikiranku kosong...
hatiku gusar...
Ya ALLAH..
tunjukkanlah jalan pengharapan-Mu...
moga diri ini antara hamba-Mu yang bertuah untuk menerima nur dari-Mu

Thursday, October 29, 2009

universiti:kuliah-exam-cuti

assalamualaikum.....
universiti....ehm....kalau kita berbicara pasal universiti mesti kita akan terus terbayang pasal kuliah dan exam...perkara biasa dan rutin harian bagi pelajar universiti....
kadang2 pelajar tak ambil kisah pasal kuliah..ada yang malas datang kuliah...alasan mudah jer-malas...ala..perkara biasa la katakan...tapi nak tau apa akibatnya?????ha!!!tak dapat jawab exam la...sebenarnya kuliah ni kan penting..mengapa la ada sebahagian dari pelajar universiti ni mengambil enteng je perkara ni...kadang2 pelik juga rasanya.....
tapi tak mengapa la..ada pelajar yang pandai tu tak perlu ke kuliah pun masih lagi blh menjawab soalan exam dengan keyakinan yang mendalam...
ehm...macam2....

Saturday, October 24, 2009

Masam Manis Potret Kehidupan

kadang2 rasa manusia ni pelik...tak pernah puas dengan apa yang ada....tak pernah cukup dengan apa yang dimiliki....
mengapa semua ni berlaku???jawapannya mudah je..manusia ni bernafsu..nafsu yang menyebabkan mereka tak pernah berasa puas dengan apa yang ada di depan mata...
lihat jela orang kaya(tapi bukan semua la)..dah ada harta berbillion2 ringgit tapi masih nak kejar harta lagi..kalau harta tu disedekahkan setengah pada orang yang memerlukan bagus la jugak..ini tak, kedekut bukan main..macam harta tu kena tanam sekali je dengan jasad yang dah tak bernyawa tu..
ehm..manusia2...nak cakap lebih2 pun tak boleh sebab saya pun manusia jugak..cuma apa yang saya mampu hanya menasihati sesama manusia...mana yang boleh terima tu berubah la...

Dunia Hampir Mengakhiri Usianya

Assalamualaikum...lamanya x bersua dalam blog ni...seakan2 dah lupa pada blog yang ada ni....nasib baik masih ingat password...kelakar pulak rasanya....
Ha!!berbalik pada perkara yang saya nak bincangkan ni...saya rasa kita semua dah makin menuju ke arah pengakhiran zaman..nauzubillah...x percaya?????anda semua pun blh tgk apa yang dah berlku dalam dunia kita sekarang ni..ala..x ptah tengok jauh2..malaysia pun dah cukup...masalah sosial bertambun2..buang anak???jangan cakap la..dah macam anak 2 sampah jer...sanggup ke kita tengok tiap2 hari mesti ada saje kes buang bayi...x kira la bayi 2 masih bernyawa atau dah jadi mayat...benda 2 semua dah jadi macam tabiat remaja..buat maksiat+ mengandung+buang anak+buat maksiat balik...dah jadi macam keperluan hidup mereka pulak...masyaALLAH...apa nak jadi la manusia sekarang ni...
jadi saya harap kawan2 semua termasuk diri saya sendiri xkan terjerums dengan perkara2 macam ni...sebenarnya kita sebagai pelajar IPTA lebih berisiko untuk terdedah dengan benda2 macam ni...kita semua ni dah la jauh dari keluarga..kalau jenis yang xpandai jaga diri 2 memang dah hanyut dah pun....ape2 pun jaga la diri..ingat ALLAh,mak ayah...jangan senang2 je nak gadaikan semua yang ada..penat mak ayah jaga kita semua dari kecil lagi..hargai apa yang mereka dah lakukan...
akhirul kalam..selamat menjawab peperiksaan akhir semester...good luck!!!

Tinta Sang Pujangga

"Jadilah matahari yang menyinari bumi untuk memberikan
kehangatan, hujan yang memberikan kesejukan, pelangi yang mencurahkan keceriaan...."


Daripada Abdullah bin 'Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda, "sampaikanlah walau sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil sesuatu daripada bani Israel (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas namaku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka. (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Hibban)