“Katakanlah, sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka akan habislah air di lautan itu sebelum habis ditulis kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (QS. Al Kahfi: 109)



Wednesday, September 24, 2014

Lebih indah...

Dan..
Menanti itu sebenarnya lebih indah..
Apabila penantian itu berakhir dengan kegembiraan...


Dan..
Harapan itu penuh kemanisan,
Apabila harapan itu berakhir dengan kenyataan...

Dan..
Harapan serta penantian,
Semakin indah apabila disulami dengan doa,
Dipanjatkan kepada yang Esa..


Keadilan..

"Kau rasa dunia ini adilkah?"

"Mengapa engkau bertanya sedemikian?..Adakah engkau merasakan dunia ini tidak adil? Atau engkau merasakan Tuhan itu tidak adil?"

"Memang aku merasakan sedemikian. Tidakkah engkau merasai apa yang engkau inginkan tidak semua dikabulkan. Aku merasakan semua itu. Aku memohon semua yang aku inginkan, tetapi aku tidak memperolehinya. Sedangkan orang-orang di sekelilingku telah mengecap apa yang mereka inginkan."

"Sahabat, tidakkah engkau sedar bahawa Tuhan itu telah berlaku adil pada semua hamba-Nya?..Sekiranya Dia tidak adil, masakan engkau masih lagi hidup di muka bumi ini setelah beribu-ribu dosa yang telah engkau lakukan sepanjang engkau bernafas di muka bumi milik-Nya ini. Dia memberikan kesempatan untuk dirimu bertaubat dan menyesali perbuatan dan segala dosamu. Allah menciptakan syurga dan neraka untuk ganjaran dan balasan kepada hamba-Nya. Masih lagikah engkau mengatakan bahawa Allah itu tidak pernah berlaku adil?"

"Ingatlah sahabat, Allah itu terlalu adil sifat-Nya. Dia memberikan hamba-Nya apa yang hamba itu perlukan. Allah itu maha Adil kerana tatkala engkau menangis kerana dikecewakan, Dia memberikan sesuatu yang membuatkan engkau tersenyum setelah berduka kerana kekecewaan itu. Janganlah hanya kerana keinginanmu tidak dipenuhi oleh-Nya, engkau merasakan Tuhan itu tidak berlaku adil."

"Allah lebih mengetahui apa yang baik, apa yang hamba-Nya perlukan dan apa yang sesuai untuk hamba-Nya."

"Kadang kala Allah menghilangkan matahari dan menurunkan hujan serta petir kepada bumi, menjadikan kita berduka atas kehilangan itu. Namun, tanpa kita sedar, Allah menukilkan pelangi indah untuk menggantikan kekecewaan itu."

Bersabarlah sekiranya doamu belum lagi dimakbulkan, kerana mungkin Allah telah mengatur rencana yang terbaik untuk dirimu..




Tinta Sang Pujangga

"Jadilah matahari yang menyinari bumi untuk memberikan
kehangatan, hujan yang memberikan kesejukan, pelangi yang mencurahkan keceriaan...."


Daripada Abdullah bin 'Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda, "sampaikanlah walau sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil sesuatu daripada bani Israel (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas namaku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka. (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Hibban)