“Katakanlah, sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka akan habislah air di lautan itu sebelum habis ditulis kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (QS. Al Kahfi: 109)



Thursday, September 8, 2011

kadang-kadang.....

kadang-kadang tidak semua impian yang kita rasa kita mampu tunaikan akan tertunai dalam masa terdekat...

kadang-kadang impian itu mungkin akan tertunai pada masa kita tidak tahu bila saatnya atau pada masa kita telah hampir berputus asa dan tidak mahu lagi memikirkan impian tersebut...

kadang-kadang kita merasakan bahawa orang lain atau kawan-kawan kita lebih bertuah kerana impian mereka telah tertunai dalam masa terdekat..dan pada masa itu tiba-tiba hati dan fikiran memikirkan perkara yang sama iaitu ingin mengikut jejak langkah mereka tanpa memikirkan bahawa kita sebenarnya kurang mampu pada masa itu...dan hati pun mula resah meronta-ronta ingin juga menunaikan impian yang sama seperti mereka..hakikatnya kita mungkin belum lihat dan nampak apa hikmah disebalik ketidakmampuan kita pada ketika itu...

Ingatlah..ALLAH itu maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-NYA...impian yang tidak mampu kita tunaikan pada masa sekarang mungkin dan pasti akan tertunai pada suatu masa nanti..seharusnya kita berdoa dan berusaha supaya kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka yang telah mencapai impian mereka tersebut...

Kejayaan tidak datang bergolek dan duit tidak mungkin terus datang melayang menerpa kita pada bila-bila masa..dan tugas kita adalah mencari dan berusaha untuk menggenggam duit tersebut supaya kita dapat menunaikan keseluruhan impian kita...

benarlah kata orang,tanpa duit dan kesungguhan apa impian pun tidak mampu kita tunaikan...
janjiku pada diri ini..apa pun terjadi aku akan pastikan impian itu tertunai..hanya masa yang bakal menentukannya...

Tinta Sang Pujangga

"Jadilah matahari yang menyinari bumi untuk memberikan
kehangatan, hujan yang memberikan kesejukan, pelangi yang mencurahkan keceriaan...."


Daripada Abdullah bin 'Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda, "sampaikanlah walau sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil sesuatu daripada bani Israel (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas namaku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka. (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Hibban)