“Katakanlah, sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka akan habislah air di lautan itu sebelum habis ditulis kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (QS. Al Kahfi: 109)



Tuesday, December 6, 2011

Antara Peluang dan Penyesalan...

kadangkala kita merasakan bahawa kita telah memberitahu sesuatu kepada rakan kita tentang sesuatu peluang tetapi kita sendiri yang terlepas peluang itu. Maka apabila mendengar peluang tersebut telah dimiliki oleh rakan kita maka kita pun berasa cemburu yang teramat sangat dan menyesal kerana tidak mengambil peluang itu sekali. Tetapi sedar atau tidak sebenarnya perancangan ALLAh itu lebih senpurna? Kita mungkin tidak tahu apa yang berlaku dan hikmah di sebalik semua perkara itu. Kita terus-menerus menyalahkan diri sendiri dan menyesal seribu kali. Perkara ini bukan rekaan tetapi seringkali berlaku dalam kehidupan kita semua. Saya sendiri baru sahaja melaluinya apabila peluang pekerjaan yang saya berikan kepada rakan saya tidak pula saya ambil. Berbagai-bagai alasan yang saya berikan kepada diri sendiri tetapi apabila rakan saya menelefon saya dan memberitahu dia telah mendapat peluang itu secara tiba-tiba hati mula menyesal dan cemburu. Saya mula menyalahkan diri sedangkan saya tidak mahu menerima hakikat bahawa itu mungkin perancangan yang telah ALLAH susun untuk saya.
Setelah lama beristighfar barulah saya merasakan bahawa mungkin itu adalah rezeki rakan saya dan bukannya saya. Itulah realiti kehidupan. Kita seringkali berasa kesal dengan tindakan kita. Tahukah anda bahawa perasaan menyesal itu membuka ruang kepada Syaitan dan Iblis untuk memusnahkan anak-anak Adam? Nauzubillah!!!..Berserahlah dan redhalah dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan. Tetapi ingat! jangan terus berserah,berusaha dahulu...=)

Tinta Sang Pujangga

"Jadilah matahari yang menyinari bumi untuk memberikan
kehangatan, hujan yang memberikan kesejukan, pelangi yang mencurahkan keceriaan...."


Daripada Abdullah bin 'Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda, "sampaikanlah walau sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil sesuatu daripada bani Israel (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas namaku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka. (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Hibban)