“Katakanlah, sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka akan habislah air di lautan itu sebelum habis ditulis kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (QS. Al Kahfi: 109)



Friday, May 23, 2014

Jom Belajar Bahasa Arab!!

Bahasa Arab dikenali juga sebagai Allughatul Jannah atau Bahasa Syurga. Agak lama saya meninggalkan zaman berbahasa Arab. Kali ini, terasa ingin berkongsi tentang ucapan yang sering digunakan dalam perbualan seharian tetapi dalam versi Bahasa Syurga ini.

اَهْلاً وَسَهْلاً
Ahlan Wa Sahlan
Selamat Datang

بِكُلِّ سُّرُور
Bi kullis surur
Dengan sukacitanya

أنْتَ كَيْفَ حَالُك؟
Anta, Kaifa Haluka?/ Anti Kaifa Haluki?
Awak, apa khabar?

طَيْب، شُكْراً
Toyyib, Syukran
Baik, terima kasih

صَبَاحُ الْخَيْر
Sobha al Khair (Orang yang menyapa)
Selamat Pagi

صَبَاحُ النُّوْر
Sobha an Nur (Orang yang menjawab)
Selamat Pagi

كَيْفَ اصْبَحْتُمْ؟
Kaifa Asbahtum?
Bagaimana keadaan awak pagi ini?

تَفَضَّل
Tafaddal
Silakan...

نَحْنُ بِخَيْر، وَالْحَمْدُ لله
Nahnu bikhair, Alhamdulillah..(kalau nk guna saya, tukar kepada "ana")
Kami sihat, Alhamdulillah

من أين جئت؟
Min aina jik ta?
Dari mana awak datang?

مِنْ اَيْنَ اَنْتَ
Min aina anta?/min aina anti?
Dari mana awak?

تَفَضّلْ إشْرَب
Tafaddal..isyrab..
Silakan minum

شُكْرًا لِمُسَاعَدَتِكَ
Syukran li musa a'datik..
Terima kasih atas pertolongan awak

نَعَمْ ، صَحِيْحً
Na'am..sohih..
Ya..benar..

لا، خطأ
La..khoto'
Tidak..salah

أنت تعريف أو لا؟
Anta ta'rif au la'?
Anda tahu atau tidak?

لا بأس به
La, ba'sa bih..
tidak mengapa..

لا شيء
La Syaik..
Tidak ada apa-apa..

أنا آسف
Ana 'aasif..
Saya minta maaf

بسرعة
bis sur'ah!
Cepat!

جميلةٌ جداً
Jamilatun Jiddan..
Sangat cantik..

أنا جوعان
Ana jau'an
Saya lapar..

أنا شبعان
Ana syab'an
Saya kenyang..

شفاك الله
Syafakallah..
Moga Allah menyembuhkan..

أنا مشتاقٌ
Ana Musytaqun (kalau saya rindukan awak - ana musytaqun ilaika/ilaki)
Saya rindu awak...

أنَا أُحِبُّك
Ana uhibukki/ka
Saya cintakan awak...


Kerinduan saya pada Bahasa Arab akan kekal sampai bila-bila..

Wednesday, May 21, 2014

Istimewanya kita...

Istimewanya kita sebagai manusia

Manusia itu diciptakan oleh Allah adalah sebaik-baik ciptaan. Diberikan akal dan fikiran untuk berfikir. Pernah atau tidak kita berfikir bahawa organ manusia mempunyai keistimewaannya?

Otak manusia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan. Menurut kajian, otak kiri lebih cenderung kepada perkara yang logik seperti fakta, matematik, statistik dan perkara logik, manakala otak kanan pula lebih kepada perkara illogikal seperti kesenian, emosi, intuisi dan naluri. Oleh sebab itulah individu yang lebih berbicara menggunakan fakta sebenarnya cenderung untuk menggunakan otak kiri dan individu yang lebih kepada kesenian pula cenderung menggunakan otak sebelah kanan. Subhanallah!!!..

Saya pernah diajukan pertanyaan iaitu benarkah otak kanan berkuasa dalam menentukan kejayaan seseorang?..dan saya akan menjawab soalan itu sebagai "ya". Mengapa? Hal ini kerana, sikap manusia dipengaruhi oleh apa yang difikirkannya. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu sentiasa berfikiran negatif tentang hidupnya, kerjayanya, dan masa depannya, maka tidak mustahil semua fikiran negatif itu akan menjadi kenyataan. Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Semua ini ada kaitan dengan Hukum Tarikan. Apa yang dinyatakan oleh Hukum Tarikan ialah apabila kita memikirkan sesuatu yang negatif atau positif, secara tidak langsung gelombang bumi akan menghantar isyarat negatif atau positif itu kembali semula kepada kita. Kerana itulah apa yang kita fikirkan sama ada positif atau negatif selalunya mudah ianya berlaku. Apa yang kita fikirkan itu datangnya dari minda kita.

Bersangka baik

Cuba kita renungkan semula dari perspektif Islam. Mengapa kita disuruh untuk bersangka baik? Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Hujurat ayat 12 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah salah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? Tentu kamu tidak menyukainya. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.”.

Dalam ayat ini telah benar menjelaskan bahawa kita tidak digalakkan berburuk sangka. Berbalik kepada Hukum Tarikan tersebut, apabila kita berburuk sangka dengan orang lain atau perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita, maka gelombang negatif tersebut akan dibalikkan kepada kita semula.
Oleh sebab itulah, jangan mudah untuk membayangkan atau memikirkan perkara yang bakal terjadi itu sebagai negatif. Apa yang perlu dilakukan ialah memikirkan atau membayangkan sesuatu yang bakal berlaku itu sebagai positif. Apabila kita memikirkan sesuatu perkara yang akan berlaku itu secara dari sudut pandang positif, maka perkara yang positiflah yang akan berlaku.

Berbaik sangka itu bukan sahaja perlu terhadap individu, malah terhadap perkara-perkara di sekeliling kita. Memikirkan perkara yang buruk hanya akan melemahkan hati dan membuatkan tubuh badan kita bertindak secara songsang. Oleh itu, untuk mendapatkan ketenangan hati, kelapangan jiwa dan ketenangan fikiran, berfikirlah secara positif.

Berbalik kepada jawapan saya tentang pengaruh otak kanan dalam menentukan kejayaan seseorang, inilah jawapannya. Otak kanan yang lebih cenderung untuk perkara-perkara yang melibatkan perasaan, naluri dan intuisi akan mudah memikirkan perkara yang negatif atau positif. Maka, kita yang menentukan sama ada untuk berfikiran negatif atau positif. Berburuk sangka atau berbaik sangka. Apa yang kita fikirkan, itu yang akan berkemungkinan akan terjadi.

Friday, May 16, 2014

Terima kasih cikgu..

Tanggal 16 Mei..

Mungkin pada kita semua tarikh ini bukan apa-apa namun pada insan bergelar pendidik atau guru, tarikh ini amat bermakna. Pada tanggal inilah diri mereka rasa dihargai dan disanjungi. Erti seorang pendidik bukan sahaja bertumpu kepada mengajar, malah tugas guru kini lebih daripada itu. Mereka bertindak sebagai penyelia, jurulatih malah ada juga guru yang menggalas tugas seorang kerani apabila perlu menyempurnakan surat-surat yang berkaitan kepada pihak atasan.

Guru juga tidak bererti perlu berada di sekolah. Sesiapa sahaja yang menggalas tugas sebagai pendidik tetap digelar seorang guru tidak kira berada di lokasi apa pun sama ada sekolah, pondok pengajian, institut pengajian tinggi, rumah asuhan atau sebagainya.

Walaupun saya bukan seorang guru, namun pengalaman menjadi cikgu beberapa bulan mengajar saya erti ketinggian ilmu yang dicurahkan kepada anak murid. Walau apa pun tema hari guru pada setiap tahun, guru tetap pencetus insipirasi.

Anak rusa jangan diburu,
Rusa emas milik Sultan,
Tercurah bakti seorang guru,
Takkan terhitung seluas lautan..




Tinta Sang Pujangga

"Jadilah matahari yang menyinari bumi untuk memberikan
kehangatan, hujan yang memberikan kesejukan, pelangi yang mencurahkan keceriaan...."


Daripada Abdullah bin 'Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda, "sampaikanlah walau sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil sesuatu daripada bani Israel (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas namaku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka. (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Hibban)