“Katakanlah, sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka akan habislah air di lautan itu sebelum habis ditulis kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (QS. Al Kahfi: 109)



Friday, May 16, 2014

Terima kasih cikgu..

Tanggal 16 Mei..

Mungkin pada kita semua tarikh ini bukan apa-apa namun pada insan bergelar pendidik atau guru, tarikh ini amat bermakna. Pada tanggal inilah diri mereka rasa dihargai dan disanjungi. Erti seorang pendidik bukan sahaja bertumpu kepada mengajar, malah tugas guru kini lebih daripada itu. Mereka bertindak sebagai penyelia, jurulatih malah ada juga guru yang menggalas tugas seorang kerani apabila perlu menyempurnakan surat-surat yang berkaitan kepada pihak atasan.

Guru juga tidak bererti perlu berada di sekolah. Sesiapa sahaja yang menggalas tugas sebagai pendidik tetap digelar seorang guru tidak kira berada di lokasi apa pun sama ada sekolah, pondok pengajian, institut pengajian tinggi, rumah asuhan atau sebagainya.

Walaupun saya bukan seorang guru, namun pengalaman menjadi cikgu beberapa bulan mengajar saya erti ketinggian ilmu yang dicurahkan kepada anak murid. Walau apa pun tema hari guru pada setiap tahun, guru tetap pencetus insipirasi.

Anak rusa jangan diburu,
Rusa emas milik Sultan,
Tercurah bakti seorang guru,
Takkan terhitung seluas lautan..




Tinta Sang Pujangga

"Jadilah matahari yang menyinari bumi untuk memberikan
kehangatan, hujan yang memberikan kesejukan, pelangi yang mencurahkan keceriaan...."


Daripada Abdullah bin 'Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda, "sampaikanlah walau sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil sesuatu daripada bani Israel (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas namaku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka. (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Hibban)