“Katakanlah, sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka akan habislah air di lautan itu sebelum habis ditulis kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (QS. Al Kahfi: 109)



Thursday, August 7, 2014

Buku dan Saya..Ibarat Irama dan Lagu...

Apabila buku dan saya tidak boleh dipisahkan. Saya memang gilakan buku sejak kecil. Teringat buku pertama yang dibelikan oleh ayah untuk saya. Buku penyiasatan yang dialih bahasa ke dalam bahasa Melayu. Minat saya pada buku tak pernah pudar sehingga kini. Saya pernah hampir menolak jawatan pengawa sekolah ketika Darjah 3 (Pengawas Tahap Satu) hanya kerana saya ingin dilantik sebagai pengawas pusat sumber sekolah. Tetapi, Guru Disiplin memberikan janji kepada saya bahawa saya boleh sahaja meminjam buku dan berada di pusat sumber sekolah pada waktu saya tidak bertugas. Dari sekolah rendah hingga bekerja, tempat untuk saya menenangkan fikiran ialah di perpustakaan. Cuma ketika berada di kampus, saya kurangkan masa untuk berada di perpustakaan kerana perpustakaan kampus saya padat dengan para pelajar. Jadi, saya tiada tempat yang menenangkan di sana. Itu belum dikira tabiat saya yang suka berlama-lama di kedai buku. Pernah satu ketika ketika di kampus, saya memperuntukkan masa selama 2 jam di kedai buku MPH kerana terlalu teruja melihat buku-buku yang disusun di situ. (Nasib baiklah kedai buku tu menyediakan tempat untuk mereka yang ingin membaca, tetapi lepas baca tu beli la buku tu..)

Itu cerita tentang perpustakaan. Baru muqaddimahnya. Hari ini ialah hari gembira saya kerana buku yang dibeli melalui atas talian telah tiba dengan selamatnya ke tangan saya. Kegembiraan itu sangat mengujakan hati saya kerana buku (lebih kepada novel sebenarnya) itu telah tiada lagi di pasaran, dan hanya dijual melalui atas talian terus dari penerbit buku tersebut dan saya berpeluang untuk memperolehinya setelah lama menunggu (buku tersebut tiada stok pada ketika saya menempahnya).

Sememangnya malam-malam saya selepas penat bekerja bukanlah di hadapan televisyen, tetapi lebih di dalam kamar tidur saya kerana saya akan mula membaca selepas waktu Isyak. Malam-malam saya terisi dengan pembacaan dan itulah yang saya amalkan sejak kecil. Kalau dahulu, waktu membaca dan mengulang kaji saya seawal jam 3 pagi (orang kata waktu terbaik untuk menghafal ialah selepas bangun tidur dan ketika dinihari selepas qiamullail). Kini, saya akan membaca sebelum tidur.

Inilah terapi saya selepas seharian menghadap kerenah pegawai atasan. Paling elok, jangan membebankan pemikiran kita untuk membaca bahan bacaan yang sarat, tetapi eloklah membaca bahan bacaan yang santai. Sebelum tidur juga eloklah diamalkan membaca surah Al-Mulk (masih lagi dikategorikan membaca ya).

p/s: Seronok jadi ulat buku daripada jadi ulat bulu..^__^


Kucing pun baca buku tau..heheheh..


membaca kan amalan kita..(kata si kucing..)..hehehe

Tinta Sang Pujangga

"Jadilah matahari yang menyinari bumi untuk memberikan
kehangatan, hujan yang memberikan kesejukan, pelangi yang mencurahkan keceriaan...."


Daripada Abdullah bin 'Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda, "sampaikanlah walau sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil sesuatu daripada bani Israel (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas namaku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka. (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Hibban)