“Katakanlah, sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka akan habislah air di lautan itu sebelum habis ditulis kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (QS. Al Kahfi: 109)



Tuesday, July 9, 2013

Akhirnya Genap Setahun...

Alhamdulillah..ucapan pertama yang keluar dari bibir saya. Sudah bulan Julai rupanya. Cepat masa berlalu kan. Al-maklumlah, pejam celik, pejam celik, tup..tup.. sudah menjengah ke setengah tahun. Dan genaplah usia pekerjaan saya setahun di sini. Kalau diikutkan, inilah kerjaya saya yang mampu bertahan selama lebih daripada enam bulan. Teruknya kan..hehehe..taklah, bukan macam tu. Saya sebenarnya masih mencari pengalaman kerja yang baik untuk saya gunakan. Dari seorang yang bergelar editor satu ketika dahulu, sehingga bergelar pegawai perancang bahasa kini. Dalam banyak-banyak kerja yang saya terima, kerjaya yang paling memberikan pengalaman ialah sebagai seorang editor. Alhamdulillah, saya sudah pun berjaya menghasilkan sebuah buku latihan pemahaman KSSR untuk pelajar Tahun 4 ketika saya bekerja sebagai editor bahasa Melayu di sebuah syarikat penerbitan buku ilmiah terkenal di negara ini. Namun, rezeki saya tak lama di tempat itu. Banyak perkara pahit berbanding manis sepanjang berkelana di situ. Saya beralih arah ke sebuah universiti swasta dan bergelar pensyarah muda. (sebenarnya cikgu sekolah menengah je..nama je gempak..huhuhu), tapi rezeki saya juga tak lama di situ kerana saya memang menunggu tawaran di DBP. Alhamdulillah, berkat doa semua, akhirnya rezeki saya beralih pula ke DBP. Namun, hati saya tidak gembira untuk ke sini pada mulanya. Ada sahaja tidak kena dengan persediaan yang dilakukan. Naluri hati saya mengatakan bahawa pasti ada perkara yang kurang baik bakal berlaku di tempat baru ini. Tapi, atas sokongan mak dan ayah, saya kuatkan hati untuk melangkahkan kaki sebagai pegawai.

Sebenarya, naluri hati saya memang benar. Mula-mula sahaja mendapat penempatan bahagian (batch kami seramai 44 orang), saya ditempatkan di bahagian yang baru sahaja ditubuhkan. Mengharapkan keseronokan bekerja, tetapi tekanan yang saya terima. Dan Allah tidak pernah meninggalkan saya keseorangan tatkala saya terawang-awang. Dia temukan saya dengan seorang insan yang sangat istimewa untuk memimpin saya sepanjang saya di sini. Alhamdulillah, kini, genap setahun saya bergelar karyawan DBP. Memang tidak dinafikan terlalu banyak perkara pahit sejak melangkah masuk ke sini, tetapi saya kuatkan hati untuk kekal sebagai karyawan di sini bagi beberapa ketika lagi. InsyaALLAH saya masih ada perancangan lain.

Tinta Sang Pujangga

"Jadilah matahari yang menyinari bumi untuk memberikan
kehangatan, hujan yang memberikan kesejukan, pelangi yang mencurahkan keceriaan...."


Daripada Abdullah bin 'Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda, "sampaikanlah walau sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil sesuatu daripada bani Israel (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas namaku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka. (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Hibban)