Bertambah meriah keluarga saya nanti apabila yang lahir ke dunia ni semalam adalah baby boy..wah! dah sama macam Prince Of Cambridge @ anak Kate Middleton dan Putera William. Taklah, saya gurau je. Mana nak samakan anak orang tu dengan anak buah saya. Macam langit dan bumi je jaraknya. Oleh sebab saya bekerja paling jauh dalam adik-beradik, maka berita pun sampai lewat la di telinga saya. Petang selepas kerja baru saya menerima berita gembira tu. Tapi tak mengapalah, benda tu tak penting pun sebab baby boy@hero keluarga kami dah pun selamat melihat dunia dengan berat yang tak berapa nak berat tu(3.18kg). Ayah insan paling gembira setakat ni sebab dah lama ayah tunggu cucu lelaki, baru kali ni Allah kurniakan rezeki tu pada keluarga saya. Al-maklumlah, unsur genetik dan biologikal memang sukar nak disangkal. Keluarga saya kekurangan kaum lelaki. Teringat ayah dan mak yang suka bergurau dengan saudara-mara tentang anak-anak mereka ni. Mak kata mereka miskin anak lelaki.
comel tak saya???hehhehe..harap2 anak saya nanti pun comel atau lebih comel dari yang ni..^_^ |
Oleh sebab Aidilfitri pun dah tak lama nak menjelang, saya harap saya sempat bertemu anak lelaki saya itu. Akan saya cium si kecil tu puas-puas agar terubat rindu saya apabila saya pulang ke perantauan kelak. InsyaALLAH..
kepada si kecil yang namanya belum lagi dipilih, jadilah anak yang soleh supaya dapat memimpin umi, ayah dan kak yongmu ke syurga kelak. Pimpinlah kami semua agar dapat bersatu di bawah payung rahmat Allah di sana nanti. InsyaALLAH..^___^