Sesungguhnya kematian itu pasti akan datang dalam hidup kita sebagai hamba-Nya. Apa yang membezakan takdir mubram (taqdir yang tidak boleh diubah/ mesti berlaku mengikut ketentuan Allah) ini adalah bila dan waktu kita akan ditebak dengan kematian itu.
Menerima berita kematian bukanlah satu perkara yang disukai lebih-lebih lagi berita itu melibatkan insan-insan yang dikenali dan pernah bersua muka. Hari ini (20 Nov 2014), satu mesej daripada teman sekolah mengisi bilangan kotak mesej telefon bimbit saya. Bergetar rasa hati menerima perkhabaran bahawa suami kepada teman sekolah kami telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya di Proton City sewaktu dalam perjalanan pergi mengajar di SK Proton City. Innalillahi wainnailahiraji'un..Oleh sebab saya tiada media sosial (Facebook), maka saya mungkin teman terakhir dalam kalangan sahabat yang mengenali teman saya ini yang menerima perkhabaran duka ini. Suami teman saya telah meninggalkan teman saya dan dua orang anaknya pada pukul 11.00 pagi (19 Nov 2014) selepas kecederaan yang parah di kepala dan kritikal di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.
Apa yang menyentap rasa di hati ini ialah apabila teman saya sarat mengandung anak kedua ketika allahyarham suaminya meninggalkan mereka bertiga menuju ke alam abadi. Dan, semasa menulis entri ini, saya menerima khabar berita bahawa teman saya telah selamat melahirkan seorang puteri yang comel. Teman saya tidak dapat mengiringi langkah terakhir suaminya ke persemadian abadi kerana telah dimasukkan ke wad bersalin dan dinasihatkan untuk tidak bergerak jauh. (Suaminya disemadikan di Kuala Ibai, Terengganu).
Ya Allah, mungkin saya dan teman-teman lain yang tidak melalui situasi getir ini tidak merasai kepahitan itu, namun saya yakin janji Allah, "Allah tidak akan memberati hamba-hamba-Nya dengan ujian yang melebihi kemampuan hamba itu"...
Moga teman saya itu dapat menjalani kehidupan selepas ini dengan hati yang tekal dan tabah. Sesungguhnya walaupun berjauhan namun kami tetap ada untuk satu sama lain. Insha-Allah..
Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman..
“Katakanlah, sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka akan habislah air di lautan itu sebelum habis ditulis kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (QS. Al Kahfi: 109)
Thursday, November 20, 2014
Tinta Sang Pujangga
"Jadilah matahari yang menyinari bumi untuk memberikan
kehangatan, hujan yang memberikan kesejukan, pelangi yang mencurahkan keceriaan...."
Daripada Abdullah bin 'Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda, "sampaikanlah walau sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil sesuatu daripada bani Israel (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas namaku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka. (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Hibban)
kehangatan, hujan yang memberikan kesejukan, pelangi yang mencurahkan keceriaan...."
Daripada Abdullah bin 'Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda, "sampaikanlah walau sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil sesuatu daripada bani Israel (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas namaku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka. (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Hibban)