Mungkin kita semua tidak menyedari bahawa para tentera Islam yang berpakaian menutup muka dan memakai tanda jihad di dahi itu ialah tentera jihad di bawah nama Briged As-Syahid Izzudin Al-Qassam Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah (HAMAS). Dan terfikir atau tidaknya kita bahawa selepas kematian As-Syahid Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisi, HAMAS tidak lagi mengumumkan siapakah Qa'id mereka yang seterusnya. Hal ini kerana, Israel hanya menanti masa untuk membunuh sesiapa sahaja yang menjadi Qa'id pasukan yang paling ditakuti oleh tentera Dajjal ini.
HAMAS sebenarnya berhadapan dengan dua ancaman besar iaitu daripada Israel dan pengkhianatan dari Parti Kebangsaan dan Sekular Palestin iaitu FATAH. FATAH dinaungi oleh Mahmud Abbas dan mendapat sokongan penuh oleh Israel dan Amerika. Dalam konteks ini, HAMAS menentang Israel dengan cara serangan bersenjata, manakala menentang FATAH dengan cara melibatkan diri dalam politik Palestin.
Untuk menjadi salah seorang daripada ahli pasukan Al-Qassam, pemuda-pemuda Palestin perlu memenuhi kriteria ini :
1) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.
2) Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di
tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa : selama 3 bulan berturut-turut pemuda
ini tidak meninggalkan solat Subuh berjama’ah di masjid.
3) Anggota Hamas dan Al-Qassam bukan sahaja
tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.
4) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir
Al-Qur’an.
5) Setiap anggota wajib membaca Al-Qur’an
sehari satu juz’.
6) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith
Arba’in ( Imam Nawawi ).
7) Melazimi puasa sunat dan bertahajud.
8) Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota
mereka yang banyak melakukan akis bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Qur’an,
ilmuwan dan intelektual Palestin.
9) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian
dan halaqah ilmu.
10) Melazimi zikir harian.
11) Melazimi olahraga atau beriadhah.
12) Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah
siap untuk syahid bila-bila dan dimana sahaja tempat yang akan ditugaskan.
Diceritakan pengalaman seorang anggota misi kemanusiaan yang bertugas di Gaza, bagaimana tentera Al-Qassam ini dapat membezakan perisik Israel dengan anggota sukarelawan ialah dengan menguji mereka dengan Al-Quran. Namun begitu, oleh sebab kebanyakan perisik Israel juga menghafaz Al-Quran (jangan terkejut sekiranya mereka yang Yahudi sanggup menghafaz Al-Quran!), oleh itu tentera Al-Qassam akan menguji mereka dengan sirah Nabawiyyah. Inilah senjata rahsia tentera ini untuk membezakan pengkhianat dengan mereka yang tulus membantu.
Maka, jangan terkejut sekiranya para syahid yang menentang Zionis ini merupakan golongan intelektual Palestin yang menggunakan seluruh kudrat mental dan fizikal mereka untuk menegakkan agama Allah dan membebaskan tanah Anbiya' ini daripada jejak kotor Zionis.
Peristiwa Aneh semasa Peperangan di Gaza
6 peristiwa keajaiban yang belaku sewaktu
perperangan menentang Yahudi laknatullah.
Terdapat 6 peristiwa keajaiban yang belaku
sewaktu perperangan tersebut berlaku, jom kita ketahuinya:
Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz
Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak
menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan
baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang
berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka
berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang
mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak
tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!
Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah
oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza
kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau!
Siapakah yang berbaju putih itu???
Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan
berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah
yang melakukannya.
Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh
Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia
berpatah balik!
Allahu Akhbar!
Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang
hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa
ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel
!
Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria
telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang
mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai,, , ke mana kamu
mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang
di Gaza , di manakah kita? Itulah serba sedikit dari kisah menakjubkan yang
sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih
seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam
ketahui. Allahu Akbar!!!
Tentera Al-Qassam dan rakyat Palestin yakin dengan bantuan dari langit dan benar! Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya. Allah mengutuskan tentera-tentera langit-Nya untuk membantu bumi Palestin. Ingatkah kita tentang peristiwa di Perang Badar? Tentera Islam yang hanya berjumlah 700 orang boleh menumpaskan tentera kafir Quraisy yang berjumlah 3000 orang. Allah menurunkan tentera-Nya untuk berjuang bersama-sama umat Islam .Subhanallah!!!!
p/s: Mungkin kita di sini tidak berkemampuan untuk membantu dari segi kekuatan kita, tetapi ingatlah, kekuatan doa itu adalah yang paling kuat. Amalkan membaca Qunut Nazilah sebagai bantuan kita kepada mereka.
Intifada ya Palestin!!!!
kredit untuk Ida Scripter : http://idasyuhada.blogspot.com