‘Ainul Mardhiyah’ merupakan seorang bidadari yang paling cantik di
kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan Ramadhan)
ketika Rasulullah SAW memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan para Sahabat untuk berjihad pada agama Allah)
Baginda berkata: "Sesiapa yang keluar di jalan Allah, kemudian
tiba-tiba dia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang
paling cantik di kalangan bidadari-bidadari Syurga."
Mendengar berita itu salah seorang sahabat yang usianya sangat muda
teringin untuk mengetahui bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi
beliau malu hendak bertanya kepada Nabi oleh sebab adanya kehadiran para
sahabat-sahabat yang lain. Namun beliau tetap menyerahkan namanya
sebagai salah seorang yang akan keluar berjihad. Sebelum Zuhur, Sunnah
Nabi akan tidur sebentar (disebut juga sebagail Qailullah), maka sahabat
yang muda tadi juga turut tidur bersama jemaah tadi.
Dalam tidur tersebut sahabat yang muda tadi bermimpi berada di satu
tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang
berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu dia
bertanya, “Di manakah saya berada sekarang?” Lalu lelaki itu menjawab, ”
inilah Syurga.”
Pemuda tadi menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan ‘Ainul
Mardhiyah, lalu dia ditunjukkan untuk menuju ke suatu arah. Beliau pun
berjalan hingga bertemu dengan suatu pohon dan beliau mendapati
kehadiran seorang wanita yang amat cantik, belum pernah dia melihat
kecantikan sebegitu di dunia ini.
Dia memberi ucapan salam kepada wanita tadi dan bertanya,” Adakah saudari Ainul Mardhiyah?
Wanita itu menjawab, ” ehh tidak, saya adalah khadamnya, Ainul Mardhiyah sedang berada di dalam singgahsana sana”.
Lalu dia berjalan lagi dan memasuki satu mahligai yang cukup indah,
di sana dia mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya
berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata
perhiasan di dalam mahligai.
Pemuda itu memberi salam, kemudian bertanya, “Adakah saudari ini Ainul Mardhiyah?”
Wanita itu menjawab, ” Maaf, saya bukan Ainul Mardhiyah, saya hanya
khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardhiyah ada di atas mahligai
sana.”
Pemuda itu terus menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu,
kecantikannya amat mengagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu mahligai
dan dia bertemu seorang wanita yang amat cantik dari yang
pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua, kecantikan yang
tak pernah dilihatnya di dunia ini. Wanita itu berkata, ” Sayalah Ainul
Mardhiyah, saya diciptakan untuk saudara dan saudara diciptakan untuk
saya. Bila pemuda itu mendekatinya wanita itu menjawab, ” Eh, tunggu
dulu, saudara belum syahid lagi!”.
Pemuda itu tersentak dan terus terjaga dari tidurnya. Kemudian dia
menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu
dia berpesan agar tidak menceritakan mimpinya ini kepada Nabi SAW.
Andainya dia syahid barulah boleh diceritakan kepada Nabi SAW.
Petang itu pemuda itu ikut serta keluar berperang bersama Rasulullah SAW dan pasukan tentera Islam,
ditakdirkan pemuda itu syahid. Setelah hampir waktu berbuka puasa semua
jemaah pulang ke masjid, mereka bersama-sama menunggu makanan untuk
berbuka. Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati
Nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi.
Rasulullah SAW mengucapkan benar…benar…benar… dalam sepanjang cerita
tersebut.
Akhirnya Rasululah SAW berkata, "Memang benar cerita sahabat kamu
tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di
Syurga.."
“Katakanlah, sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka akan habislah air di lautan itu sebelum habis ditulis kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (QS. Al Kahfi: 109)
Tinta Sang Pujangga
"Jadilah matahari yang menyinari bumi untuk memberikan
kehangatan, hujan yang memberikan kesejukan, pelangi yang mencurahkan keceriaan...."
Daripada Abdullah bin 'Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda, "sampaikanlah walau sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil sesuatu daripada bani Israel (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas namaku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka. (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Hibban)
kehangatan, hujan yang memberikan kesejukan, pelangi yang mencurahkan keceriaan...."
Daripada Abdullah bin 'Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda, "sampaikanlah walau sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil sesuatu daripada bani Israel (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas namaku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka. (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Hibban)