Langit tak akan selalu cerah..
Bila sang mentari mengundur diri..
Saat si bunga memerlukan cahaya...
Awan tidak selalunya ada..
Bila sang bayu meniup pergi...
Meninggalkan langit yang keseorangan...
Hujan sentiasa menawarkan diri...
Bila langit sendirian tanpa awan...
Saat si bunga kesedihan ditinggalkan mentari...
Dan hujan itu tidak akan pergi,
Sebelum pelangi muncul di sisi...
"Engkau mahu jadi apa?"
"Aku mahu menjadi sang hujan.."
"Mengapa? sedangkan hujan tidak diduga kemunculannya..datang tidak dijemput, pergi tidak diarak."
"Aku tetapi ingin menjadi hujan. Biar turunnya aku mengajarkan manusia bahawa tanpa hujan, bumi akan ketandusan. Ibarat cinta dan rindu, kasih dan sayang. Tanpa cinta dan sayang, jiwa manusia tandus. Kekeringan."
"Dan akan aku ajarkan manusia bahawa cinta itu tetap jatuh berkali-kali. Seperti hujan. Cinta tidak pernah diduga kehadirannya. Sekali ia hadir pada jiwa yang mengharap, tanahnya yang pernah tandus kerana menanti hujan pasti akan subur semula. Di situ tumbuhnya rindu dan kebahagiaan seperti mekarnya si bunga selepas kehadiran hujan."
"Kalau hujan itu hanya membawa bencana? Seperti banjir?"
"Sahabat, hujan dan cinta sama rasanya. Ada baik dan jeleknya. Walau seteruk mana tanggapanmu tentang hujan, ia tetap hadir saat engkau memerlukan. Sama seperti cinta."
“Katakanlah, sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka akan habislah air di lautan itu sebelum habis ditulis kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (QS. Al Kahfi: 109)
Tinta Sang Pujangga
"Jadilah matahari yang menyinari bumi untuk memberikan
kehangatan, hujan yang memberikan kesejukan, pelangi yang mencurahkan keceriaan...."
Daripada Abdullah bin 'Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda, "sampaikanlah walau sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil sesuatu daripada bani Israel (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas namaku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka. (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Hibban)