sahabat...kalian ingatkah lagi dengan detik pertemuan pertama kita?bagaimana kita semua bertemu pada hari pertama di perkenalkan?sesungguhnya semua itu masih segar dalam ingatan ini. Saya mengenali para sahabat melalui pelbagai detik. Persepsi pertama yang diberikan oleh mereka sememangnya amat lucu. Teringat persepsi pertama sahabat saya yang pada ketika itu kami bersama-sama berehat di surau fakulti setelah penat menyiapkan tugasan berkumpulan. Saya mengimbau kembali saat pertemuan kami. Para sahabat yang duduk bersama saya menyatakan persepsi pertama kepada saya ketika pertama kali bersua muka adalah saya seorang yang peramah dan mudah tersenyum..ya..itulah saya yang sebenarnya. mungkin selama ini saya tidak tahu persepsi sahabat terhadap saya sehinggalah detik terakhir kami bersama. Bukan mudah untuk melupakan semua kenangan bersama mereka. Setiap kenangan yang tercipta pasti ada sebab disebaliknya.
kini, masa dan detik itu akan tetap melabuhkan tirainya. Semua yang berlalu tidak mungkin akan berulang kembali. masing-masing akan membawa haluan hidup sendiri.ada para sahabat yang akan terus melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana,dan ada pula yang akan membina kerjaya terlebih dahulu. Saya pulan masih mencari titik permulaan saya sama ada akan menyambung pengajian atau bekerja terlebih dahulu. apa pun keputusannya, hidup saya tetap akan berganjak kepada satu fasa kehidupan yang baru. Kehidupan yang memerlukan saya lebih kuat untuk menghadapi cabaran yang lebih besar daripada hidup sebagai mahasiswa seperti sebelum ini.
matlamat hidup telah saya pasakkan satu persatu.matlamat yang bakal memandu saya untuk melangkah menuju masa hadapan. Matlamat jangka pendek telah kekal dalam ingatan saya dan disusuli dengan matlamat jangka panjang yang akan memulakan langkahnya setelah semuanya stabil. Kerjaya-pendidikan-perkahwinan..itu yang ada dalam matlamat saya.
melangkah ke hadapan dengan penuh keazaman dan saya berharap agar ia menjadi pemangkin kepada langkah saya selepas ini.....