“Katakanlah, sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka akan habislah air di lautan itu sebelum habis ditulis kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (QS. Al Kahfi: 109)



Friday, March 18, 2011

Dalam Pantun ada Bicara..Berakar Lama Berpucuk Muda.

pantun...seni warisan melayu yang sangat indah dan puitis....kegilaanku pada dunia sastera khususnya puisi tradisional ini timbul sejak kecil lagi..tiada dipengaruhi oleh alasan biologikal atau apa sahaja kerana ahli keluargaku tidak seorang pun yang meminati dunia sastera....bakatku disedari oleh guruku semasa diriku menuntut di Tingkatan 3..sejak dari itu aku menyertai semua pertandingan pantun yang dianjurkan..apabila aku melanjutkan pengajian di UKM, aku ingatkan kegilaanku akan pudar namun jika dikatakan minat itu tetap akan minat juga...hampir setiap masa lapangku di sini ku isikan dengan menulis pantun-pantun..bagiku pantun adalah tempat untukku meluahkan perasaan...inilah diriku...sehinggalah kelab Pengajian Melayu( kelab pusat pengajianku) menganjurkan pesta pantun antara program..ketika itulah aku merasakan bahawa aku perlu kehadapan dan menonjolkan minat dan bakatku..alhamdulillah akhirnya aku berjaya diserap sebagai peserta Pesta Pantun UKm 2010..dan..selepas kemenangan kelab kami itu aku akhirnya menjadi pemantun UKM...harapan dan impianku untuk melebarkan bakatku di arena kebangsaan akhirnya tercapai....

kenangan dalam dunia pantun di UKM ini telah membuatkanku mengenali erti persahabatan, keredhaan dan ketabahan dalam menghadapi ujian...kekalahan UKM ketika aku dan pasukanku membawa nama UKM di Pesta Pantun MAKUM 2010 telah menjadikan aku seorang yang kental dalam menghadapi segala dugaan....aku tidak cepat berputus harapan dan meneruskan minatku dalam arena pantun ini. namun begitu, kepahitan di MAKUM terus berulang apabila pasukan kami disabotaj pihak juri ketika beraksi di Pesta Pantun Bestari 2011 baru-baru ini. ketika itu akumelihat rakan-rakan daripada IPTA lain-lain menyokong kami dan memberi kami semangat...dari sinilah dapatku melihat betapa kukuhnya ukhuwah kami walaupun baru bertemu sekali dua di pentas pesta pantun....begitulah semangat pantun telah memberikanku pelbagai pengalaman serta kenangan pahit manis dalam arena ini...
 
dan kemenangan kami di Pesta Pantun UKM 2011 menutup tirai kenangan pantunku di UKM untuk tahun ini..aku sendiri tidak pasti sama ada aku masih berpeluang untuk terus memartabatkan dunia pantun di UKM ini...rasa sedih dan pilu terus menerus menyelubungi hatiku apabila saat untuk meninggalkan UKM ini semakin hampir...manakan tidak,bermula dari UKM lah aku dipandang dan dikenali...indahnya saat dan kenangan bersama-sama rakan-rakan sepasukan dan alumni pemantun UKM...

aku ingin mendedikasikan coretan ini kepada rakan-rakan pasukanku dan jurulatih-jurulatih serta alumni pemantun UKM..kalian adalah sumber ilhamku sepanjangku bergiat aktif sebagai pemantun UKM selama 2 tahun ini...

shahrul anuar..fatimah ahmed, helmi, azli, abg iejan, abg adham, abg hafizun, kak kay, abg firdaus, khalis, cik che Abdullah che ya, kak zaiton, dr. zubir, abg zul....

kenangan ini akan terus terpahat dalam sanubari dan ruang ingatanku baut selamanya selagi nyawa dikandung badan..insyaALLAH..=)

Tinta Sang Pujangga

"Jadilah matahari yang menyinari bumi untuk memberikan
kehangatan, hujan yang memberikan kesejukan, pelangi yang mencurahkan keceriaan...."


Daripada Abdullah bin 'Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda, "sampaikanlah walau sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil sesuatu daripada bani Israel (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas namaku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka. (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Hibban)