“Katakanlah, sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka akan habislah air di lautan itu sebelum habis ditulis kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (QS. Al Kahfi: 109)



Friday, January 9, 2015

The Beginning of 2015...

Tahun 2015 telah pun menjelmakan diri. Ahlan wa sahlan 2015. Pembukaan tahun baharu dengan pelbagai kisah suka dan duka. Musim banjir masih belum mengundurkan waktunya, malah tiada tanda akan berhenti dalam masa terdekat. Mungkin ini semua peringatan dalam bentuk musibah yang Allah berikan kepada kita semua.

Tahun 2015...mungkin tiada apa yang istimewa di hadapan kerana semuanya masih misteri. Cuma harapan dan doa agar tahun ini bakal berlalu dengan wadah dan agenda yang menggembirakan hati, tidak lagi seperti tahun lepas (walaupun awal-awal tahun ini sahaja, gelora yang menggugat hati dan perasaan telah mula kelihatan).

Permulaan tahun baharu ini, malam-malam saya terhias dengan mimpi indah. Mimpi yang saya harap ianya bakal menjadi kenyataan. Memori mimpi yang terindah yang saya harap ianya mampu diterjemahkan dalam bentuk realitinya. Walaupun hanya mimpi, tetapi mimpi itu membuatkan saya ingin terus menjadi kuat dalam menghadapi segala ujian yang mendatang untuk saya menjadikan mimpi itu sebagai kenyataan termanis.

Permulaan tahun baharu kali ini juga menjadi permulaan yang indah, disaluti memori manis dan saya mahu dan harap memori itu terjalin dalam bentuk yang sebenar-benarnya. Bukan lagi tersembunyi.

Tahun 2015...ini hanya permulaan jejak..permulaan kisah..permulaan langkah..masih berbaki 11 bulan dan 356 hari lagi yang perlu saya lalui untuk sampai ke penghujung tahun. Masih terlalu banyak misteri yang belum terungkai kerana masa yang di hadapan saya ini adalah misteri yang tiada siapa mengetahuinya melainkan Yang Esa. Hanya doa sebagai senjata saya sebagai mukminin dan muslimin yang berpegang pada tali Allah agar setiap hari-hari saya diwarnai dengan warna ceria. InshaAllah.

Ahlan wa sahlan 2015...the beginning of 2015..inshaAllah everything will be fine...

Tinta Sang Pujangga

"Jadilah matahari yang menyinari bumi untuk memberikan
kehangatan, hujan yang memberikan kesejukan, pelangi yang mencurahkan keceriaan...."


Daripada Abdullah bin 'Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda, "sampaikanlah walau sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil sesuatu daripada bani Israel (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas namaku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka. (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Hibban)