bagi remaja berusia 21 tahun hingga 27 tahun memang tidak pernah renggang. Ungkapan ""remaja" pula sememangnya akan sering dikaitkan dengan jodoh. Ingin tahu rasional saya mengatakan sedemikian? Hal ini seringkali terjadi kepada sahabat-sahabat termasuk diri saya sendiri. Bila mana usia seperti kami dikatakan masih belum bertemu jodoh dan akan digelar anak dara tua. Inilah pandangan segelintir anggota masyarakat yang masih teguh memegang lapuknya adat dan kepercayaan.

Soal jodoh bukanlah satu perkara yang dibuat mainan kerana jodoh itu adalah satu ikatan yang terpatri untuk satu tempoh yang sangat lama (hingga ke akhir hayat). Janganlah kerana terlalu mengikut hati dan perasaan, kita sanggup menarik sahaja mana-mana lelaki atau perempuan yang kita rasakan sesuai dengan diri kita sedangkan telah tertulis dia bukanlah untuk kita. Saya memetik kata-kata Ustaz Badlishah Alauddin dalam rancangan Al-Hidayah beberapa minggu lalu, "ada manusia yang jodohnya tiba tersangat awal, selepas habis belajar terus berkahwin, ada juga manusia yang jodoh tiba selepas beberapa bulan bekerja, ada manusia yang jodohnya tiba lewat, umur hampir mencecah 40-an baru diketemukan jodohnya dan ada juga manusia yang Allah tundakan urusan jodohnya hingga hari Akhirat dan dipertemukan di sana." Apabila mendengar kata-kata ini, hati saya tidak lagi goyah dan hampir kuat untuk menepis tohmahan insan-insan di sekeliling saya. Jodoh itu perlu dicari dengan berusaha dan saya telah berusaha. Allah mempertemukan saya dengan ramai insan tetapi saya sendiri tidak mengetahui siapakah antata insan-insan tersebut yang telah dituliskan untuk saya sebagai imam keluarga saya nanti.

Ingatlah, semua manusia itu telah ditetapkan jodohnya, cuma cepat atau lambat sahaja. Jangan mudah mengeluh dan merintih apabila melihat insan-insan di sekeliling kita bergembira dengan keluarga baru mereka. Jodoh mereka tiba pada masanya , begitu juga kita. Remaja khususnya bergelar wanita memang mudah goyah hatinya apabila diajukan persoalan sebegini, maka kuatkanlah hati kalian. Ingat, Allah sentiasa ada untuk hamba-Nya.
Biarlah masyarakat memberikan tohmahan kepada diri kita, asalkan kita berada pada landasan yang benar. Memetik kata-kata pujangga, "manusia ini tidak pernah puas untuk mengkritik dan melihat kesalahan orang lain, sedangkan diri sendiri masih tebal dengan kesalahan sendiri."
Wallahua'alam.