“Katakanlah, sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka akan habislah air di lautan itu sebelum habis ditulis kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (QS. Al Kahfi: 109)



Friday, August 17, 2012

Dugaan itu datang silih berganti...

Ya Allah,
Engkau yang Maha Agung,
Engkau yang Maha Mengetahui,

Setiap satu dugaan itu datang pasti ada sebabnya. Kadangkala kita merasakan bahawa Allah itu tidak adil kerana tidak memberikan dugaan kepada orang yang gembira. Sebenarnya kita lupa bahawa Allah memberikan dugaan dan ujian kepada kita kerana Dia menyayangi kita sebagai hamba-Nya. Dia tidak mahu kita terus alpa dengan dunia kerana dugaan yang datang kepada kita mendekatkan kita kepada-Nya.

Setiap dugaan yang hadir memberikan kita rasa keinsafan dalam diri kerana kita akan lebih tunduk dan sujud kepada-Nya. Itulah yang aku rasakan kini. Betapa berat hati ini tatkala banyak dugaan yang berkaitan dengan perasaan bertubi-tubi menimpaku. Aku tahu Allah inginkan aku terus mendekatkan diri kepada-Nya kerana aku kadang-kadang lupa akan kewajipan sujudku di sepertiga malam sejak aku terlepas dari belenggu kesusahan yang pernah aku lalui tidak lama dahulu. Sebenarnya betapa diri ini malu dengan-Nya kerana aku hanya mengingati-Nya tatkala diriku dilingkari kesusahan. Tetapi Dia tidak pernah melupakanku. Setiap urusanku dipermudahkan-Nya. Ya Allah betapa agungnya cinta-Mu kepada hamba-hamba-Mu. Sedangkan aku tidak setulus itu mencintai-Mu ya Allah..

Ya Allah..
Engkau yang Maha Pengampun,
Engkau yang Maha Penyayang,

Betapa banyak dosa dan noda yang kita lakukan tetapi Dia tetap memaafkan kita. Diri ini menjadi bertambah malu dengan-Nya. Dia sedia mengampunkan dosa hamba-hamba-Nya walaupun sebesar mana dosa tersebut. Begitulah agungnya cinta sang Pencipta.

Ya Allah andai dugaan yang silih berganti ini adalah cara untuk aku mendekatkan diri ini dengan-Mu, sesungguhnya aku sanggup menghadapinya. Ya Allah, seandainya dugaan ini boleh menyucikan dan membersihkan jiwaku daripada hidupku yang sering berkalang dosa dan noda, sesungguhnya aku rela menerimanya. Baru kini aku merasai betapa agungnya cinta-Mu kepada hamba-hamba-Mu..

Ya Allah, Engkau kuatkanlah hati ini untuk menghadapi dugaan ini. Moga akan ada sinar keceriaan dan khabar gembira untukku di penghujung dugaan ini. InsyaAllah..

"berfikiran positif dan optimislah apabila suatu hari nanti semua urusan terlihat amat buruk kerana perkara itu merupakan petanda akan datangnya hari lain yang dekat waktunya, yang semuanya dipenuhi oleh kegembiraan dan keceriaan." -Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni-

..la tahzan..innallaha ma'ana..

Tinta Sang Pujangga

"Jadilah matahari yang menyinari bumi untuk memberikan
kehangatan, hujan yang memberikan kesejukan, pelangi yang mencurahkan keceriaan...."


Daripada Abdullah bin 'Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda, "sampaikanlah walau sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil sesuatu daripada bani Israel (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas namaku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka. (Riwayat Al-Bukhari, Tirmidzi, Ahmad dan Ibn Hibban)